80 peratus daripada maklumat yang diterima adalah berkaitan kandungan berbaur perkauman.
Sejak paltfom aduan 3R iaitu Race (Kaum), Religion (Agama) dan Royalty (Institusi Diraja) diwujudkan pada 17 Ogos lepas, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah menerima sebanyak 21,296 maklumat dan aduan daripada orang awam.
Perkara itu dinyatakan Kementerian Komunikasi dan Multimedia dalam jawapan di Dewan Rakyat yang dibacakan oleh Menteri Kerja Raya, Baru Bian.
Kementerian memaklumkan, daripada jumlah maklumat yang diterima SKMM itu, 19,968 masih dalam proses pengesahan manakala 259 maklumat telah diambil tindakan.
Tindakan yang diambil termasuklah memulakan siasatan terhadap penyebaran maklumat berkenaan, laporan penyalahgunaan dan penurunan kandungan dengan kerjasama pihak penyedia platform media sosial serta merujuk kepada pihak berkuasa lain untuk tindakan susulan.
Kementerian juga mendedahkan, penelitian oleh pihak SKMM mendapati 80 peratus daripada maklumat yang diterima adalah berkaitan kandungan berbaur perkauman manakala 20 peratus lagi menjurus kepada isu agama.
SKMM menggesa rakyat Malaysia supaya tampil melaporkan insiden atau kandungan di media sosial yang mengandungi unsur 3R iaitu Race (Kaum), Religion (Agama) dan Royalty (Institusi DiRaja) terus kepada pihak mereka menerusi aplikasi WhatsApp di talian 016 220 6262 atau e-mel [email protected]
Platfom 3R membolehkan rakyat Malaysia memberikan maklumat atau aduan tentang penyebaran kandungan yang mengandungi unsur sensitif untuk memastikan tindakan dapat diambil terhadap pihak berkaitan demi keharmonian negara.
Sumber: Bernama
Berkaitan
- Radiasi Dari Infrastruktur Komunikasi Di Kawasan Kediaman Tidak Memudaratkan Kesihatan Orang Awam - SKMM
- Talian Khidmat Pelanggan SKMM Sudah Kembali Beroperasi Seperti Biasa
- SKMM Meminta Sejumlah 61 Video Iklan Judi Raya Diturunkan Dari Media Sosial
- SKMM Telah Mengenal Pasti Jalur Spektrum Untuk Perintis Pelaksanaan 5G Di Malaysia
- SKMM Menyediakan Surat Kebenaran Untuk Industri Komunikasi Dan Multimedia Beroperasi Sepanjang Tempoh PKP Fasa 1
- SKMM Dan Penyedia Perkhidmatan Telekomunikasi Ke Kampung Ulu Seladang, Setiu
- SKMM Sedang Menjalankan Kaji Selidik Berkaitan Akses Dan Penggunaan Internet Di Malaysia
- Isu Capaian Internet Di Kg. Pangi Mendapat Perhatian SKMM
- SKMM Menjalankan Soal Selidik Dari 21 Jun Hingga 21 Julai 2021
- SKMM Menjemput Pengguna Awam Terlibat Mengkaji Semula Standad Pancaran Medan Elektromagnet (EMF)