Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
SKMM Sedang Menjalankan Kaji Selidik Berkaitan Akses Dan Penggunaan Internet Di Malaysia

SKMM Menjalankan Soal Selidik Dari 21 Jun Hingga 21 Julai 2021

Diterbitkan Jun 22, 2021 oleh ariff bukhari

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memaklumkan kepada orang ramai bahawa pihak mereka kini sedang menjalankan soal selidik mengenai penambahbaikan terhadap Kod Amalan Am Pengguna untuk industri Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Soal selidik itu merangkumi 3 perkara iaitu pengebilan perkhidmatan, kepentingan untuk mendapatkan persetujuan secara jelas dan cadangan klausa “Force Majeure”.

Sebanyak 6 soalan ditanya dalam soal selidik itu antaranya adalah seperti “Apakah pendapat anda mengenai tahap kepuasan pengendalian aduan oleh pemberi perkhidmatan anda?” serta soalan berbentuk situasi.

SKMM menyatakan, pemilihan responden adalah berdasarkan 2 kriteria iaitu:-

  1. Responden yang dipilih adalah merupakan pengguna Portal Aduan MCMC dan;
  2. Jemputan melalui hebahan secara terbuka kepada pengguna laman sosial Twitter dan Facebook rasmi MCMC melalui pautan berikut: –https://twitter.com/McmcReact dan https://www.facebook.com/SuruhanjayaKomunikasiMultimediaMalaysia.

SKMM menjelaskan, soal selidik yang dijalankan itu tidak melibatkan kutipan data peribadi seperti nama penuh atau maklumat bank serta tiada wang akan dikutip mahupun sebarang urusan jualan dilakukan.

Soal selidik tersebut akan dilaksanakan mulai dari 21 Jun 2021 sehingga 21 Julai 2021. Penyertaan soal selidik adalah secara sukarela yang boleh dicapai melalui pautan https://survey.skmm.gov.my/efm/se/6D5CBBB62839FA71.

Sumber: SKMM

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas - Bank Rakyat
  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
  • POCO X8s Dengan Snapdragon 7 Gen 4 Tiba Di Malaysia, Harga Promosi Bermula RM1,399
  • Graduan Pelatih Hong Leong Bank Bina Chatbot AI Dan Automasi RPA Dalam Program 12 Bulan
©2026 WISER.MY