Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
skmm whatsapp

SKMM Menyediakan Surat Kebenaran Untuk Industri Komunikasi Dan Multimedia Beroperasi Sepanjang Tempoh PKP Fasa 1

Diterbitkan Mei 31, 2021 · Dikemas kini Mei 31, 2021 oleh ariff bukhari

Dikemas kini pada 31 Mei 2021, 10.23p.m – “Permohonan baharu bagi kebenaran perjalanan untuk bekerja perlu dikemukakan semula melalui portal Covid-19 Intelligent Management System (CIMS) 3.0 yang diselaraskan oleh MITI dan melibatkan semua kementerian yang mengawal selia 17 sektor perkhidmatan perlu yang telah dibenarkan beroperasi” MKN.

SKMM Menyediakan Surat Kebenaran Untuk Industri Komunikasi Dan Multimedia Beroperasi Sepanjang Tempoh PKP Fasa 1

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hari ini memaklumkan bahawa mereka telah diberikan mandat oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) untuk mengeluarkan surat kebenaran beroperasi kepada para pemegang lesen dari MCMC yang berada dalam industri komunikasi dan multimedia.

Sebelum ini kerajaan telah mengumumkan bahawa industri komunikasi dan multimedia dikategorikan sebagai perkhidmatan perlu (essential) di bawah seliaan KKMM sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa 1 yang bermula dari 1 hingga 14 Jun 2021.

Sektor-sektor yang terlibat termasuklah telekomunikasi dan Internet, penyiaran serta pos dan kurier.

Sehubungan itu, hanya pemegang lesen di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998, Akta Perkhidmatan Pos 2012 dan Akta Tandatangan Digital 1997 sahaja yang boleh membuat permohonan untuk beroperasi dalam tempoh tersebut.

Pemegang-pemegang lesen di bawah sektor-sektor yang dikenal pasti sebagai perkhidmatan perlu itu boleh membuat permohonan kebenaran beroperasi dan pergerakan bagi pihak syarikat dan syarikat-syarikat vendor di dalam rantaian perkhidmatan mereka kepada MCMC menerusi e-mel:[email protected].

Berikut adalah senarai penuh perkhidmatan yang dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa 1 seperti yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN):-

SKMM Menyediakan Surat Kebenaran Untuk Industri Komunikasi Dan Multimedia Beroperasi Sepanjang Tempoh PKP Fasa 1

Berikut pula adalah tatacara permohonan:-

Screenshot 2021-05-31 at 21.34.57

Kebenaran bersyarat yang diberikan ini adalah tertakluk kepada sebarang pindaan dan peraturan baharu yang dikeluarkan oleh Kerajaan.

Kebenaran ini juga akan terbatal sekiranya terdapat sebarang pelanggaran terhadap mana-mana peraturan yang telah ditetapkan.

Sumber: SKMM

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas - Bank Rakyat
  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
  • POCO X8s Dengan Snapdragon 7 Gen 4 Tiba Di Malaysia, Harga Promosi Bermula RM1,399
  • Graduan Pelatih Hong Leong Bank Bina Chatbot AI Dan Automasi RPA Dalam Program 12 Bulan
©2026 WISER.MY