Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Sarawak Bakal Dapat 742 Menara Telekomunikasi Baru

SKMM Menjemput Pengguna Awam Terlibat Mengkaji Semula Standad Pancaran Medan Elektromagnet (EMF)

Diterbitkan Julai 19, 2021 · Dikemas kini Julai 19, 2021 oleh ariff bukhari

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hari ini memaklumkan, mereka akan mengkaji semula Standard Mandatori untuk Pancaran Medan Elektromagnet (EMF) dari Infrastruktur Komunikasi Radio bermula dari 19 Julai ini sehingga 17 September depan.

Kaji semula itu merupakan Siasatan Awam di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998.

SKMM menyatakan, kajian semula ke atas Standard Mandatori untuk EMF itu adalah penting sejajar dengan kemajuan teknologi komunikasi seperti 5G selain memberi jaminan kepada orang awam bahawa pancaran frekuensi radio EMF dari infrastruktur komunikasi radio di dalam negara adalah selamat serta dikawal selia secara berkesan dan efisien.

Antara semakan semula yang akan dilakukan adalah meliputi proses kemas kini mengenai had pendedahan EMF berpandukan kepada International Commission on Non-Ionising Radiation Protection (ICNIRP) Guidelines terkini yang diiktiraf oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Sehubungan itu, SKMM menjemput orang awam untuk terlibat sama dalam Siasatan Awam tersebut dengan melakukan penyerahan secara bertulis.

Penyerahan secara bertulis itu boleh dibuat dalam salinan bercetak dan elektronik.

Ia perlulah diserahkan kepada pihak Suruhanjaya selewat-lewatnya menjelang jam 12.00 tengah hari, 17 September 2021.

Orang ramai boleh menghantarkannya di alamat berikut:-

Malaysian Communications and Multimedia Commission
MCMC Tower 1,
Jalan Impact, Cyber 6
63000 Cyberjaya Selangor Darul Ehsan
Perhatian: Jabatan Pembangunan Teknologi
E-mel : [email protected] Faksimili: +603 8688 1000

Penyerahan bertulis yang dihantar dalam tempoh Siasatan Awam akan diberi pertimbangan sewajarnya oleh pihak SKMM dan laporan berkenaan akan diterbitkan dalam tempoh 30 hari selepas berakhirnya Siasatan Awam dijalankan.

Anda boleh melihat dokumen Siasatan Awam tersebut menerusi pautan  https://www.mcmc.gov.my/skmmgovmy/media/General/pdf/PI_Mandatory_Standards_EMF-2021.pdf

Sumber: SKMM

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lockdown Mode iPhone: Apa Fungsinya Dan Siapa Yang Patut Guna
  • NACSA Pantau Keselamatan Siber Negara Secara Berterusan, Tegaskan Keadaan Terkawal
  • Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas - Bank Rakyat
  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
©2026 WISER.MY