Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
SKMM Rankaian 4G

SKMM Dan Penyedia Perkhidmatan Telekomunikasi Ke Kampung Ulu Seladang, Setiu

Diterbitkan Jun 28, 2021 oleh ariff bukhari

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bersama-sama dengan wakil penyedia perkhidmatan telah turun padang ke Kg. Ulu Seladang, Permaisuri, Terengganu.

Ia sebagai tindakan susulan ke atas laporan yang dibuatĀ oleh Astro Awani pada 26 Jun 2021 lalu yang telah melaporkan berkenaan masalah liputan Internet di kampung tersebut yang hanya terhad kepada rangkaian 3G sahaja.

Keadaan itu sekaligus menyebabkan pelajar di perkampungan itu tidak dapat menghadiri dalam sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) kerana rangkaian 3G adalah tidak memadai untuk PdPR.

SKMM Dan Penyedia Perkhidmatan Telekomunikasi Ke Kampung Ulu Seladang, Setiu

SKMM memaklumkan, di bawah Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA), kerja-kerja menaik taraf menara komunikasi di Kg. Ulu Seladang kepada liputan 4G sedang giat dijalankan dan dijangka siap selewat-lewatnya penghujung Ogos 2021.

Apabila selesai proses menaik taraf itu, ia akan dapat menyelesaikan isu liputan internet di tiga kampung sekitarnya iaitu Kg. Besut, Kg. Bayas dan Kg. Padang.

Sekaligus akan memberi manfaat kepada lebih 1,000 orang penduduk.

Sumber: SKMM

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • NACSA Pantau Keselamatan Siber Negara Secara Berterusan, Tegaskan Keadaan Terkawal
  • Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas - Bank Rakyat
  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
  • POCO X8s Dengan Snapdragon 7 Gen 4 Tiba Di Malaysia, Harga Promosi Bermula RM1,399
©2026 WISER.MY