Lawatan itu susulan daripada laporan yang dibuat oleh Astro Awani berkenaan aduan liputan Internet di Sekolah Kebangsaan Pangi.
Hasil lawatan itu pihak SKMM mendapati, wujud masalah pada sistem transmisi satelit Very Small Aperture Terminal (VSAT) di menara telekomunikasi yang berdekatan.

Sehubungan itu, SKMM telah mengarahkan pihak penyedia perkhidmatan supaya mengatasi masalah tersebut.
SKMM juga memaklumkan bahawa mereka telah mempunyai perancangan jangka panjang untuk menangani masalah capaian Internet di kawasan Kg. Pangi, dengan menaik taraf sebuah menara komunikasi kepada perkhidmatan 4G/LTE yang terletak kira-kira 0.17km dari Sekolah Kebangsaan Kg. Pangi.
Kerja-kerja naik taraf menara komunikasi berkenaan dijangka siap pada bulan April 2022.
Sumber: SKMM
Baca juga: Isu Liputan Telekomunikasi Di Kg. Ulu Entabuan, Tenom Berpunca Daripada Bentuk Muka Bumi
Masalah Capaian Internet Di Pekan Tenom, Sabah Ditangani
Berkaitan
- Sebanyak 1,420 Permohonan Syarikat Mahu Beroperasi Semasa PKP 3.0 Ditolak SKMM
- SKMM Menjawab Dakwaan Langganan Talian Internet Dalam Kalangan Isi Rumah B40 Rendah
- SKMM Menasihatkan Pengguna Peranti Pintar Supaya Sentiasa Mengemas Kini Aplikasi-Aplikasi Yang Ada Di Dalam Peranti Mereka
- SKMM Mendengar Keluhan Pengguna Tentang Isu Kelewatan TM Menaiktaraf Pelanggan Streamyx Ke unifi
- SKMM Menamatkan Perkhidmatan Aplikasi Gerak Malaysia
- Dapatkan e-Baucar RM5 Dengan Menyertai Soal Selidik SKMM
- SKMM Meminta Sejumlah 61 Video Iklan Judi Raya Diturunkan Dari Media Sosial
- SKMM Mengesan Kualiti Perkhidmatan Kurier Semakin Menurun
- SKMM Menjemput Pengguna Awam Terlibat Mengkaji Semula Standad Pancaran Medan Elektromagnet (EMF)
- SKMM Diam-Diam Kembali Ke Twitter