Siswa UNITEN Bangunkan Aplikasi Datang Reader, Lebih Mudah Rekod Kehadiran Pelajar

Seperti yang diumumkan Kementerian Pendidikan Malaysia baru-baru ini, sesi persekolahan bagi pelajar yang akan menghadapi peperiksaan penting akan bermula pada Rabu ini.

Menjelang pembukaan itu, penuntut Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Pembangunan Perisian) dari Universiti Tenaga Nasional, Muhammad Akif Rabbani Ab Rashid telah membangunkan aplikasi Datang Reader.



Menurutnya, tujuan aplikasi dengan sistem QR ini dibangunkan adalah untuk membantu guru dan sekolah di seluruh Malaysia dalam menyelesaikan masalah bagi pengumpulan rekod kehadiran dan suhu pelajar.

Sehingga kini, lebih 300 sekolah telah berdafatar dengan Datang.my. Tidak hanya tertumpu kepada sekolah, aplikasi ini juga boleh digunakan dalam apa-apa program atau kursus dan sebagainya. Data yang dikumpul juga boleh dipindahkan dalam bentuk PDF mahupun Excel.

Buat masa ini, aplikasi Datang Reader yang ditawarkan secara percuma hanya tersedia di Google Play Store manakala di App Store pula akan tiba dalam masa terdekat.

Sumber: Twitter Akif Rabbani