Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
5gb-fmt-040419 (1)

DNB Kongsi Beberapa Tanggapan Salah Terhadap Pelaksanaan Rangkaian Borong Tunggal 5G

Diterbitkan Januari 4, 2023 oleh Amalina Athman

Digital Nasional Berhad (DNB) hari ini telah berkongsi satu kertas kajian yang dihasilkan oleh Plum, iaitu sebuah syarikat pakar perunding telekomunikasi, sebagai respons kepada artikel yang diterbitkan oleh EMIR Research.

Menurut DNB, kertas kajian Plum menunjukkan bahawa EMIR Research pada asasnya mempunyai tanggapan yang salah terhadap pelaksanaan Rangkaian Borong Tunggal (SWN) 5G DNB. Antaranya adalah seperti di bawah.

Berkaitan

  • Rangkaian 5G Hanya Ada Di Putrajaya Dan Cyberjaya? DNB Respons Pernyataan Maxis
  • DNB: Liputan Rangkaian 5G Di Malaysia Hampir Cecah 50%, Lepasi Sasaran Awal
  • DNB Perlu Jelaskan Pernyataan Berhubung Peratus Liputan Rangkaian 5G - Fahmi Fadzil

Libatkan perkongsian RAN aktif

Mengandaikan bahawa SWN melibatkan perkongsian Rangkaian Akses Radio (RAN) aktif yang menyebabkan operator mudah alih (MNO) tidak dapat bersaing dalam inovasi perkhidmatan di peringkat rangkaian.

Dinyatakan hal ini tidak benar kerana tidak ada perkongsian RAN aktif.

Kos DNB melaksanakan SWN meningkat dengan ketara

Mendakwa bahawa kos DNB dalam melaksanakan dan mengendalikan SWN akan meningkat dengan ketara dan tidak akan menyebabkan harga pengguna akhir menjadi lebih rendah.

Sebaliknya analisis ekonomi rasional menunjukkan bahawa cadangan EMIR akan menyebabkan kos 5G secara borong meningkat 4 hingga 5 kali ganda berbanding SWN.

Permintaan untuk perkhidmatan 5G akan menjadi lembab

Percaya bahawa permintaan untuk perkhidmatan 5G akan menjadi lembab selain memberi tumpuan kepada kawasan berkepadatan penduduk yang tinggi dan penggunaan pakar seperti penambahbaikan dalam proses perindustrian (4IR).

Sebaliknya, pengalaman negara-negara lain di dunia menunjukkan bahawa permintaan utama bagi 5G bakal diperoleh daripada pertumbuhan dalam perkhidmatan data mudah alih dan perkhidmatan akses wayarles tetap.

Mengandaikan kerajaan akan terus jadi pembiaya utama DNB

Mengandaikan bahawa Kerajaan akan terus menjadi pembiaya utama DNB walaupun Kerajaan dijangka hanya akan menyumbang kepada sebahagian kecil minoriti dana yang diperlukan DNB menjelang 2025.

Pelaksanaan 5G

Mengabaikan hakikat bahawa perubahan daripada SWN kepada berbilang rangkaian 5G akan menyebabkan kelewatan dalam pelaksanaan 5G di saat-saat Malaysia memerlukan perkhidmatan 5G untuk pertumbuhan ekonomi.

Gambar utama: FMT

Sumber: DNB

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pasport Malaysia 10 Tahun Kini Boleh Diperbaharui Melalui MyOnline Passport
  • Sarawak Energy Lancar 'Seri Batang Ai' - Bot Elektrik Pertamanya Dengan Panel Solar
  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
©2026 WISER.MY