Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
spec Apple Car

Ini Mungkin Spesifikasi Yang Akan Digunakan Pada Apple Car Kelak

Diterbitkan Februari 4, 2021 · Dikemas kini Februari 4, 2021 oleh Amalina Athman

Umum mengetahui, perancangan Apple untuk membangunkan kereta pandu sendiri bukan lagi rahsia. Kini, laporan terbaru dari penganalisis terkenal Ming-Chi Kuo memberikan lebih banyak gambaran mengenai spesifikasi Apple Car.

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, Hyundai akan menjadi pengeluar utama untuk Apple Car. Namun kini, beliau menambah kenyataan tersebut dan menyatakan Apple Car akan menggunakan casis kereta elektrik Hyundai yang dikenali sebagai E-GMP.

E-GMP telah pun diumumkan beberapa bulan yang lalu, dengan spesifikasi yang dikatakan cukup menarik. Julat kenderaan dengan casis tersebut mampu bergerak sejauh lebih 480km bagi pengecasan penuh. Ia turut mempunyai pengecasan pantas yang mampu mengisi 80% kapasiti bateri dalam tempoh 18 minit.

Dengan lima minit pengecasan, ia memberikan penambahan sekitar 96km perjalanan. Sementara itu, maksimum kelajuan yang boleh dicapai adalah 260km/h.

Bagaimanapun, perlu diketahui spesifikasi yang dinyatakan adalah untuk model berprestasi tinggi bagi casis tersebut.

Tidak mustahil prestasi Apple Car nanti adalah berbeza seperti yang dinyatakan, berikutan mengambil kira berat binaan dan aerodinamik kereta yang dihasilkan. Sementara itu, Ming-Chi Kuo turut menjangkakan Apple Car akan dilancarkan seawal 2025.

Sumber: 9to5Mac

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
  • Pas MyKomuter50 Diperkenalkan, Pengguna Jimat Sehingga RM160/bulan
  • Belanjawan 2027: Peminjam PTPTN Berpendapatan RM2,500 Ke Bawah Boleh Tangguh Bayaran Balik
©2026 WISER.MY