Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Screenshot (373)

MKN: Notis Amaran Dikeluarkan Untuk Mengambil Langkah-Langkah Perlu Jika Diserang Anonymous Malaysia

Diterbitkan Januari 26, 2021 oleh Meor Hasyim

Anonymous Malaysia, aktivis penggodam baru-baru ini telah muncul dalam satu video memberi amaran untuk melakukan serangan siber terhadap laman web kerajaan serta aset dalam talian yang dipanggil #OpsWakeUp21.

Pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) kini telah mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai perkara ini.

KENYATAAN MEDIA MENGENAI VIDEO TULAR "ANONYMOUS MALAYSIA" UNTUK MENGGODAM LAMAN WEB KERAJAAN pic.twitter.com/yfptrlbIVo

— MAJLIS KESELAMATAN NEGARA (@MKNJPM) January 26, 2021

Melaluinya, MKN memandang serius video tular tersebut dan telah mengeluarkan notis amaran kepada semua agensi kerajaan agar mengambil langkah-langkah perlu untuk mencegah dan meminimumkan impak dari ancaman tersebut.

Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) dan MKN turut bekerjasama dengan PDRM bagi mengkoordinasi dan mengambil tindakan sewajarnya.

Menerusi video Anonymous Malaysiatersebut, mereka mendakwa sistem keselamatan siber di Malaysia amat teruk dan turut mengatakan kerajaan Malaysia berdiam diri berhubung banyak pelanggaran data dan penjualan maklumat peribadi rakyat sejak kebelakangan ini.

Sumber: MKN

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY