Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Anonymous Malaysia Dakwa Serangan Siber Bermula

Anonymous Malaysia Dakwa Serangan Siber Bermula

Diterbitkan Februari 1, 2021 ยท Dikemas kini Februari 1, 2021 oleh Amalina Athman

Anonymous Malaysia sebelum ini telah memuat naik satu video berbentuk amaran kepada kerajaan terhadap sistem keselamatan siber yang lemah. Kini, mereka mendakwa beberapa laman web milik kerajaan telah pun digodam oleh kumpulan yang dinamakan sebagai Cyberpunk Team dalam serangan siber yang dipanggil sebagai #OpsWakeUp21.

Menerusi kiriman yang dimuat naik di Facebook, antara laman web yang telah digodam termasuk laman web milik kerajaan Negeri Sabah, Majlis Perbandaran Selayang, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, CIDB dan Kerajaan Negeri Perak.

Anonymous Malaysia

Godaman ini dipercayai adalah sebagai sebahagian daripada amaran yang dinyatakan sebelum ini. Menerusi imej tersebut, ia turut meminta supaya pentadbir laman web untuk membuat semakan dan tampalan keselamatan bagi kerentanan yang terdapat pada semua laman web berkenaan.

Tinjauan kini mendapati semua laman web tersebut telah berjaya dipulihkan. Bagaimanapun, dua daripadanya iaitu laman web Kerajaan Negeri Sabah dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia dilihat masih ditandakan sebagai “Not secure or Dangerous”.

Terdahulu, Anonymous Malaysia telah memuat naik video amaran kedua yang lebih kepada menggertak dalang di sebalik penipuan melalui emel, SMS, panggilan telefon, serta media sosial yang semakin berleluasa dengan ayat “We Know Who You Are”.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
  • Pas MyKomuter50 Diperkenalkan, Pengguna Jimat Sehingga RM160/bulan
  • Belanjawan 2027: Peminjam PTPTN Berpendapatan RM2,500 Ke Bawah Boleh Tangguh Bayaran Balik
©2026 WISER.MY