Sistem Pencahayaan Interact Dari Signify Boleh Selesaikan Masalah Penglihatan Dalam Terowong

Pernahkah anda berasa tahap penglihatan anda terganggu ketika memandu masuk ke dalam terowong disiang hari?

Pastinya pernah, lebih-lebih lagi apabila memandu dalam keadaan laju. Masalah itu dipanggil sebagai Black Hole Effect atau terjemahannya Kesan Lohong/Lubang Hitam.

Hal ini kerana anak mata kita akan berubah-ubah mengikut cahaya dipersekitaran untuk pandangan yang lebih jelas.

Untuk pengetahuan anda, kawasan terowong terbahagi kepada 5 bahagian yang mempunyai tahap cahaya yang berbeza.



  1. Zon Akses: Bahagian jalan memasuki pintu masuk terowong

  2. Zon Ambang (threshold): dikawasan ini, mata pemandu mula untuk menyesuaikan diri dengan kawasan lebih gelap.

  3. Zon Peralihan: Kecerahan mula beransur turun seiring dengan kedudukan pemandu yang bergerak kedalam terowong.

  4. Zon Dalaman: Merupakan zon paling panjang dan tahap cahaya bergantung kepada kelajuan kenderaan serta trafik yang lain.

  5. Zon Keluar: Jarak maksimum adalah 50 meter dan tahap cahaya 5 kali lebih tinggi dari Zon Dalaman.


Antara kriteria sebuah terowong yang terbaik adalah ia membenarkan pengguna keluar dan masuk dengan selamat serta selesa.

Melihat kepada permasalahan itu, Signify (dahulunya Philips Lighting) hadir dengan satu sistem pencahayaan  pintar dipanggil sebagai Interact.

Interact telah dilancarkan di Malaysia genap seminggu lalu. Pada acara tersebut ia mempamerkan pelbagai sistem penyelesaian masalah berasaskan pengkomputeran awan.



Antara sistem-sistem yang diperkenalkan adalah....

  • Interact City untuk pencahayaan kawasan awam

  • Interact Landmark untuk pencahayaan seni binaan

  • Interact Sports untuk stadium

  • Interact Retail untuk pasaraya besar

  • Interact Office untuk bangunan pejabat dan komersil

  • Interact Industry untuk gudang, pusat logistik serta kilang.


Salah satu sistem yang mendapat perhatian kami adalah sistem Interact City yang juga telah sedia dipasang di Terowong Menora.

Melalui sistem pencahayaan pintar ini, ia membantu pemandu diterowong dengan mengawal kadar cahaya supaya peralihan dari kawasan yang terang ke gelap tidak mengganggu pandangan mata.

Lampu pintar yang terletak dizon akses akan akan merekod data cahaya seterusnya melaraskan cahaya dizon-zon yang lain. Dengan solusi yang ditawarkan ini, mata memandu tidak akan berasa "terkejut" dan meningkatkan suasana selamat ketika didalam terowong.

Baca juga - Signify Memperkenalkan LiFi – Teknologi Jalur Lebar Masa Depan

Disamping itu, pihak pengendali terowong juga mempunyai lebih kawalan keatas sistem pencahayaan kerana ia berasaskan perkomputeran awan dan boleh diakses secara pantas.

Interact City juga ada di Melaka dimana kerajaan negeri telah mewujudlkan 1500 lampu jalan LED yang saling berhubung dan dan disambungkan oleh perisian pengurusan aset cahaya tersebut.

Dengan beberapa buah mercu tanda telah mengimplementasikan sistem urus cahaya Interact City ini, kesemuanya boleh diintegrasikan dibawah satu platform IoT Interact.

Apa yang boleh disimpulkan, Interact menyediakan perkhidmatan yang mampu membantu Malaysia kearah Industri 4.0 yang dipacu oleh teknologi berasaskan internet.

Untuk mendalami lebih lanjut mengenai platform IoT Interact ini boleh lanjutkan bacaan ke Signify.

https://www.youtube.com/watch?v=x8QzdezMdB4