Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MyVISA 2.0_Jabatan imigresen KDN

Sistem MyVISA 2.0 Mulai 1 Ogos – Guna Teknologi AI, Temu Duga Maya

Diterbitkan Julai 23, 2025 ยท Dikemas kini Julai 23, 2025 oleh Amalina Athman

Sistem MyVisa 2.0 iaitu platform visa digital bersepadu untuk pengurusan visa warga asing, akan mula digunakan secara rasmi pada 1 Ogos 2025.

Memetik Bernama, Ketua Pengarah Imigresen Datuk Zakaria Shaaban memaklumkan MyVISA 2.0 menawarkan pengurusan visa lebih pantas dan cekap dengan penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI).

Sementara itu, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) berkata sistem ini merupakan penambahbaikan kepada sistem sedia ada yang diperkenalkan pada 1 Disember 2021.

MyVISA 2.0 dibangunkan semula sebagai platform visa digital bersepadu yang dilengkapi teknologi seperti pengecaman aksara optik (OCR), notifikasi masa nyata, automasi pintar dan aplikasi mudah alih khusus untuk kemudahan pemohon.

sistem MyVISA 2.0 Bernama
Foto: Bernama

Ia menawarkan permohonan visa secara digital sepenuhnya daripada imbasan pasport, pemuatan dokumen, temu duga maya, kod QR eVisa hinggalah bantuan interaktif melalui live chat tanpa keperluan hadir ke Pejabat Perwakilan Malaysia di luar negara.

Berkaitan

  • 600 Unit Kamera Badan Untuk Pegawai Imigresen - Saifuddin Nasution
  • Pelajar Sarawak, Ini Lokasi Sah Dan Cara Untuk Tebus 'Laptop' Percuma Anda
  • Rakyat Malaysia Umur 18 Tahun Ke Atas Akan Terima SARA RM100 'One-Off'

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY