Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Sistem e-Sisa Untuk Kenal Pasti Lokasi Berisiko Jadi Tempat Pembuangan Sisa

Sistem e-Sisa Untuk Kenal Pasti Lokasi Berisiko Jadi Tempat Pembuangan Sisa

Diterbitkan September 12, 2024 · Dikemas kini September 13, 2024 oleh ariff bukhari

Sebagai usaha bagi mengelakkan wujudnya lokasi haram pembuangan sisa di masa akan datang, MOSTI melalui Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) dengan kerjasama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), telah membangunkan Sistem Pemantauan Potensi Lokasi Pelupusan Sisa (e-Sisa).

Sistem ini telah mula dioperasikan seluruh negara mulai 2022 lalu bertujuan untuk mengenal pasti lokasi-lokasi yang berisiko menjadi tempat pembuangan sisa.

e-Sisa mengandungi maklumat lokasi pelupusan sisa bagi tiga kategori iaitu bukan kawasan berpotensi, tiada sisa namun berpotensi dan lokasi pembuangan sisa.

Sistem yang dibangun berteraskan teknologi angkasa ini meliputi :

  • Teknologi satelit penderiaan jauh (remote sensing);
  • Sistem Maklumat Geografi [Geographical Information System (GIS)];
  • Sistem Penentududukan Sejagat [Global Positioning System (GPS)]; dan
  • Teknologi Maklumat dan Komunikasi [Information and Communication Technology (ICT)].

Sistem ini berfungsi sebagai platform untuk membantu agensi berkaitan khususnya Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) dalam memantau dan membanteras kewujudan lokasi pembuangan sisa haram dari semasa ke semasa menggunakan imej satelit beresolusi tinggi.

e-Sisa 1

Anda boleh mengakses sistem ini dengan mendaftar sebagai pengguna di Sistem Pemantauan Potensi Lokasi Pelupusan Sisa | (mysa.gov.my).

Sistem e-Sisa ini telah memenangi Anugerah Gangsa Web Contest-(WEBCON) Peringkat Asia semasa Persidangan Remote Sensing Asia (Asian Conference on Remote Sensing-ACRS) kali ke-44 di Taipei pada 30 Oktober hingga 3 November 2023.

Dengan adanya sistem ini, ia dapat membantu pihak berkuasa dalam aktiviti pemantauan dan penguatkuasaan, membolehkan pihak-pihak berkepentingan merekod dan mengemaskini maklumat dari semasa ke semasa serta bertindak lebih segera dan bersepadu melalui pengesanan maklumat awal.

Sumber: MYSA 1, 2

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • Maxis Perluas Kempen Kitar Semula e-Sisa, Pos 'drop-off' Kini Percuma Seluruh Semenanjung Malaysia
  • Lebih Jimat Lagi Berbaloi, Beli 1 PC Ni Je Boleh Diguna 4 Orang Serentak
  • Beli PC Ini: Waranti 3 Tahun, RAM 32GB, GPU 8GB...Semuanya Bawah RM3699
  • Cara Nak Jimat Beli Barang Elektronik Di Shopee

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY