Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Elon Musk chatgpt

Sistem AI “Berisiko Kepada Masyarakat” – Elon Musk, Pakar Gesa Pembangunan Dihentikan Sementara

Diterbitkan Mac 29, 2023 · Dikemas kini Mac 29, 2023 oleh Amalina Athman

Elon Musk dan sekumpulan pakar kecerdasan buatan (AI) serta eksekutif industri kini menggesa supaya pembangunan sistem AI yang lebih berkuasa daripada GPT-4, dihentikan sementara, selama enam bulan.

Dalam surat terbuka yang dikeluarkan, ia menyatakan sistem tersebut berpotensi memberi risiko kepada masyarakat dan kemanusiaan.

Berkaitan

  • Elon Didakwa Ingin Bina AI Baru Untuk Lawan ChatGPT
  • Microsoft Copilot - Pembantu AI Macam ChatGPT Tapi Dalam Word, Excel, Outlook, Teams
  • Kementerian Pendidikan Tinggi Sedang Bangunkan Garis Panduan Penggunaan ChatGPT

Surat itu, yang dikeluarkan oleh Future of Life Institute telah ditandatangani oleh lebih 1,000 orang termasuk Elon Musk, pengasas bersama Apple Steve Wozniak dan CEO Stability AI Emad Mostaque. Ia menggesa pembangunan sistem AI yang lebih maju dihentikan sementara, sehingga protokol keselamatan seperti rekabentuk pembangunan, pelaksanaan, dan audit dijalankan.

Dinyatakan, sistem AI yang lebih berkuasa harus dibangunkan hanya setelah ia diyakini akan membawa kesan yang positif dan risikonya akan terurus.

Selain itu, surat berkenaan turut memperincikan potensi risiko kepada masyarakat dan tamadun dalam bentuk gangguan ekonomi dan politik, dan menggesa pembangun untuk bekerjasama dengan penggubal dasar mengenai tadbir urus dan pihak pengawal selia.

Umum mengetahui, sistem AI yang lebih maju seperti ChatGPT, mempunyai kemungkinan penyalahgunaan dalam pelbagai jenayah siber seperti pancingan data dan sebagainya. Dengan itu, menjadi keperluan untuk mewujudkan satu dasar sebagai garis panduan penggunaan sistem AI sebegini.

Sumber: Reuters

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Ubat Susulan Boleh Dihantar Ke Rumah, Ini Cara Mohon Melalui MyUBAT
  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
©2026 WISER.MY