Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
apa itu microsoft copilot

Microsoft Copilot – Pembantu AI Macam ChatGPT Tapi Dalam Word, Excel, Outlook, Teams

Diterbitkan Mac 17, 2023 oleh Aminuddin Ahmad

Microsoft memperkenal sebuah lagi inovasi AI baharu daripada mereka iaitu Microsoft 365 Copilot. Ia digandingkan bersama Word, Excel, PowerPoint, Outlook, Teams dan lain-lain.

Menerusinya, segala analisis mahupun kerja-kerja produktiviti ringkas dapat dilakukan dengan hanya arahan daripada pengguna.

Screenshot Microsoft 365 Copilot

Ringkasnya untuk mudah faham, ia semacam ChatGPT tapi diintegrasi dengan Word. Anda bagi arahan, seperti “Produk mana paling laris bulan ini?” dalam Excel, dan Copilot akan tunjukkan data dan jawapan.

Dengan itu, anda boleh tumpukan terhadap tugas utama yang benar-benar memerlukan kemahiran dan penaakulan daripada anda sendiri.

Dua perkataan ditekankan Microsoft dengan Copilot — kreativiti dan produktiviti.

Antara contoh, di Word, anda boleh mulakan dengan halaman kosong manakala Copilot akan berikan anda draf pertama untuk anda sunting.

Microsoft Copilot – Pembantu AI Macam ChatGPT Tapi Dalam Word, Excel, Outlook, Teams

Di PowerPoint pula, ia akan bantu and cipta presentation dan tambah kandungannya berdasarkan dokumen-dokumen lepas, dengan arahan anda.

Copilot di Excel pula mampu menganalisi tren dan pamerkan data yang nampak profesional dalam beberapa saat.

Berkaitan

  • Bing Dan Edge Akan Dilengkapi AI Untuk Carian Lebih Tepat, Lebih Maju Daripada ChatGPT
  • Microsoft Designer Kini Tersedia Untuk Mereka Yang Sudah Daftar Minat
  • GPT-4: Generasi Baharu Yang Lebih Pintar, Mampu Baca Gambar Dan Hasilkan Karya Seni
  • Apple Kini Sokong Pembayaran Melalui ShopeePay, Begini Caranya
  • ShopeePay Hadkan Penggunaan Wang Yang Ditambah Nilai Daripada Kad Kredit

Kalau Teams contohnya, Copilot akan ringkaskan poin penting daripada mesyuarat seperti apa yang dikongsi dan siapa penuturnya. Bahkan, ia juga boleh kesan bahagian mana yang dipersetujui dan disanggah.

Screenshot Microsoft 365 Copilot

Dalam waktu mesyuarat berjalan, Copilot boleh mencadangkan action item, dalam masa nyata.

Akan tetapi, ia belum tersedia untuk umum, jadi anda belum dapat memanfaatkannya. Copilot kini sedang diuji beberapa kumpulan pengguna sebelum tersedia dalam bulan-bulan mendatang.

Sumber: Microsoft

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY