Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kementerian Pendidikan Tinggi Sedang Bangunkan Garis Panduan Penggunaan ChatGPT

Kementerian Pendidikan Tinggi Sedang Bangunkan Garis Panduan Penggunaan ChatGPT

Diterbitkan Mac 17, 2023 · Dikemas kini Mac 17, 2023 oleh Helmi Samsuri

Sejak diperkenalkan November tahun yang lalu, penggunaan ChatGPT dalam kalangan masyarakat semakin lama semakin meningkat. Mempunyai keupayaan tinggi dalam menghasilkan kandungan yang kompleks dalam tempoh yang singkat, chatbot ini nampaknya mendapat perhatian dari Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia.

Menggarap laporan daripada portal FMT, Menteri KPT, Khaled Nordin menyatakan bahawa kementeriannya sudah mula merangka garis panduan penggunaan ChatGPT dan teknologi AI dalam proses pembelajaran. Menurut beliau, garis panduan itu akan melibatkan apa yang perlu dilakukan dan apa yang tidak boleh dilakukan sekiranya teknologi ini digunapakai.

Menyelusuri kembali laporan sekitar Januari yang lalu, menteri KPT pernah mencadangkan kertas putih A New Horizon for Science, Technology and Innovation – A Strategy for Malaysia. Melaluinya, kementerian boleh menilai secara khusus adaptasi teknologi maju dan kecerdasan buatan dalam sektor pendidikan tinggi termasuk meneliti sama ada terdapatnya gangguan dalam sektor pendidikan negara.

Baru-baru ini, ChatGPT berasaskan model GPT-4 sudah mula ditawarkan tetapi buat masa sekarang ia hanya terhad kepada pengguna berbayar, ChatGPT Plus.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • OpenAI Perkenal ChatGPT Plus, Harga Langganan Bawah RM100
  • ChatGPT Kurang Sesuai Sebagai Rujukan Agama - Bekas Mufti WP
  • GPT-4: Generasi Baharu Yang Lebih Pintar, Mampu Baca Gambar Dan Hasilkan Karya Seni

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY