Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Siri Xiaomi 17T Rasmi – Tampilkan Lensa Telefoto Leica 5x, Bateri 7,000mAh, Harga Dari RM2,399

Posted on Mei 28, 2026Mei 28, 2026

Xiaomi hari ini memperkenalkan penambahan terbaharu dalam barisan telefon pintar kelas andalan mampu milik mereka melalui siri Xiaomi 17T dan Xiaomi 17T Pro. Buat pertama kalinya, siri T kali ini membawakan lensa telefoto Leica 5x beresolusi 50MP yang dilengkapi penstabilan imej optikal (OIS) pada kedua-dua varian.

Kamera ini menyokong keupayaan zum dari jarak makro 30cm, zum gred optikal 10x, sehinggalah fungsi AI Ultra Zoom sehingga 120x.

Selain itu, siri ini turut memperkenalkan ciri Leica Live Moment untuk merakam pergerakan dan ekspresi secara dinamik di sebalik sekadar gambar kaku, serta mod Stage khusus untuk memastikan rakaman foto mahupun video sewaktu konsert atau persembahan pentas kekal jelas dalam pencahayaan yang kompleks.

Xiaomi 17T Pro

Dari segi paparan, barisan peranti ini memperkenalkan teknologi Xiaomi Vision Care melalui skrin 1.5K AMOLED dengan kecerahan puncak mencapai 3,500 nits.

Xiaomi 17T

Skrin ini direka berasaskan kajian perubatan untuk mengawal kelipan, kesan kabur, serta cahaya biru, menjadikannya peranti pertama yang menerima pengiktirafan TÜV Rheinland Intelligent Eye Care.

Varian Xiaomi 17T Pro hadir dengan skrin 144Hz bersaiz bezel sekata 1.29mm hasil pembungkusan LIPO, manakala varian asas Xiaomi 17T menawarkan skrin 120Hz dalam reka bentuk kerangka yang lebih kompak dan ringan.

Xiaomi 17T Pro dijana oleh cip MediaTek Dimensity 9500 (3nm) yang dipadankan bersama bateri silikon-karbon gergasi berkapasiti 7,000mAh yang mana saiz bateri terbesar bagi siri telefon pintar Xiaomi di pasaran antarabangsa dengan sokongan pengecasan pantas HyperCharge 100W berwayar dan 50W wayarles.

Bagi model Xiaomi 17T, ia dijana oleh cip MediaTek Dimensity 8500-Ultra (4nm) bersama bateri berkapasiti 6,500mAh yang menyokong pengecasan HyperCharge67W. Untuk mengekalkan kestabilan prestasi semasa sesi permainan video yang panjang, kedua-dua peranti turut disokong oleh sistem pengurusan haba termaju Xiaomi 3D IceLoop.

Senarai Varian Dan Harga Pra-Tempahan

Siri Xiaomi 17T boleh mula dipra-tempah di Malaysia bermula 28 Mei sehingga 11 Jun 2026 di kedai fizikal Xiaomi, laman mi.com, serta gedung rasmi di Shopee, Lazada, dan TikTok Shop. Pembeli untuk varian terpilih layak menerima tablet Redmi Pad 2 9.7 (4GB+64GB) bernilai RM569 serta pakej ganjaran digital bernilai sehingga RM1,436 secara percuma:

Xiaomi 17T Pro (Pilihan Warna: Deep Violet, Deep Blue, Black)

  • 12GB RAM + 1TB Storan – RM 3,499 (Percuma Redmi Pad 2 +  Ganjaran Digital)
  • 12GB RAM + 512GB Storan – RM 3,199 (Percuma Redmi Pad 2 + Ganjaran Digital)
  • 12GB RAM + 256GB Storan – RM 2,899 (Percuma Redmi Pad 2 + Ganjaran Digital)

Xiaomi 17T (Pilihan Warna: Opal White, Violet, Blue, Black)

  • 12GB RAM + 512GB Storan – RM 2,499 (Percuma Redmi Pad 2 + Ganjaran Digital)
  • 12GB RAM + 256GB Storan – RM 2,399 (Eksklusif dalam talian sahaja / Tiada hadiah percuma)

(Nota: Pakej ganjaran digital merangkumi jaminan tambahan 1+1 tahun, perlindungan skrin retak selama 6 bulan, serta langganan premium percuma untuk YouTube, Spotify, dan Google AI Pro tertakluk kepada terma sah).

{suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress