Siapa kat sini peminat siri TV Game Of Thrones? Minggu ini kita dapat saksikan pertama kalinya John Snow berjumpa dengan Daenerys Targaryen dan juga pertama kalinya John Snow bersemuka dengan Dragon.
Peminat Game Of Thrones sudah tentu lali dengan teori dan imej tertiris di internet, tetapi bagaimana pula reaksi anda jika terdapat episod penuh tertiris dengan lebih awal?
Menurut Entertainment Weekly, mereka telah menerima satu email daripada seorang penggodam yang telah berjaya mencuri data sebanyak 1.5TB daripada rancangan tersebut termasuklah episod berjudul "Ballers and Room 104".
Berikut merupakan email yang diterima oleh salah seorang wartawan pada hari ahad yang lalu.
Hi to all mankind. The greatest leak of cyber space era is happening. What’s its name? Oh I forget to tell. Its HBO and Game of Thrones……!!!!!! You are lucky to be the first pioneers to witness and download the leak. Enjoy it & spread the words. Whoever spreads well, we will have an interview with him. HBO is falling.
"Baru-baru ini HBO telah mengalami insiden yang mengakibatkan maklumat dan data telah dicuri" Ulas HBO pada hari Isnin dalam satu kenyataan.
"Kami akan mulakan siasatan dan akan berkerjasama dengan penguatkuasaan undang-undang dan firma keselamatan siber pihak ketiga. "Perlindungan data adalah keutamaan di HBO" tambah mereka lagi.
Sumber Rujukan: Entertainment Weekly dan IndieWire
Berkaitan
- Huawei Kini Berada Dalam Senarai 10 Jenama Utama YouGov BrandIndex
- Imej Tertiris Nokia 5.1 Plus Dedahkan Kamera Utama Dwi-Lensa
- Oppo R17 Pro Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia, Dilengkapi Dengan Tri-Kamera Utama
- Xiaomi Mi 9 Diramalkan Hadir Dengan Tri-Kamera Utama, Imbasan Cap Jari Dalam Skrin
- Samsung Galaxy A70 Mula Ditawarkan Di Malaysia, Dikuasakan Oleh Snapdragon 675 & Tri-Kamera Utama
- Spesifikasi Tiga Kamera Utama Samsung Galaxy S10+ Tertiris
- Google Akan Bayar Hampir RM 50 Bilion Untuk Terus Menjadi Enjin Carian Utama Peranti Apple
- Imej Sebenar Huawei Mate 20 Dilaporkan Terdedah, Miliki Rekaan Kamera Utama Yang Unik
- Huawei Mate 30 Pro Dikatakan Akan Hadir Dengan Tetapan 5 Kamera Utama
- Spesifikasi Nokia X71 Terdedah Menjelang Pelancaran, Hadir Dengan Tri-Kamera Utama & Snapdagon 660