Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
samsung snapdragon

Siri Samsung Galaxy S22 Mula Terima Kemas Kini One UI 5.0 Berasaskan Android 13

Diterbitkan Oktober 25, 2022 oleh Aziah Zulkifli

Sistem Android 13 telah dilancarkan oleh Google pada 15 Ogos dan bermula daripada siri Google Pixel. Ianya kemudian dicuba secara beta dalam beberapa siri Galaxy. Setelah beberapa bulan percubaan ini dijalankan, akhirnya Samsung telah melancarkan kemas kini Android 13 yang lebih stabil dan lengkap bermula pada siri Galaxy S22.

Sistem perisian yang baharu ini ditawarkan dalam One UI 5.0 di mana ia akan membawa pelbagai peningkatan kepada sistem. Malah, perisian ini juga mempunyai lebih banyak pilihan yang boleh diubah suai serta tambahan ciri-ciri terbaharu.

Berkaitan

  • Samsung Galaxy A04s Rasmi Di Malaysia - Kamera 50MP, Harga Bawah RM700
  • Buang Segera 16 Aplikasi Popular Android Ini Kerana Didapati 'Memakan' Bateri Telefon Pintar
  • TSMC Dilapor Henti Sementara Pengeluaran Cip Untuk Syarikat Pemula China
  • Ini 6 Ciri Terbaru WhatsApp Yang Sepatutnya Anda Sudah Terima Dan Bakal Dapat
  • Apple Music, Apple One Di Malaysia Dinaikkan Harga Berkuat Kuasa Serta-Merta

Antara perubahan yang diberikan adalah seperti ikon, menyunting paparan kunci (lock screen) lebih mudah, pilihan latar hias (wallpaper) lebih banyak dan pelbagai lagi.

Walau bagaimanapun, hanya Samsung yang menggunakan cip Exynos-2200 yang disahkan untuk menerima kemas kini sekarang dan versi Snapdragon juga akan menerima kemas kini itu tidak lama lagi.

Sumber: GSMArena

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • TikTok Shop Naikkan Kadar Komisen Bagi Kebanyakan Kategori - Berkuat Kuasa 31 Oktober 2026
  • Prapesan iPhone Duo Kini Dibuka Di Malaysia - Harga Bermula RM9,499
  • Malaysia Percepat Reka Bentuk Cip Menerusi IP Arm, Enam Cip Tempatan Dilancarkan
  • 3 Digital Audio Player Bawah RM400
  • Senario Terburuk Krisis Iklim Di Asia Selatan, 40.5 Juta Penduduk Berisiko Jadi Pelarian Menjelang 2050
  • Genting Dan Huawei Akan Bersama Bangunkan Bandar Pintar Teknologi Di Johor
  • RAM Mahal? 8GB Sudah Cukup Untuk PC Windows 11 - Microsoft
  • Sony Walkman Baharu Dipacu Android Dilancar Pada Harga ~RM11,750
©2026 WISER.MY