Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
108MP Redmi Note 10

Siri Redmi Note 10 Disahkan Akan Hadir Dengan Sensor Kamera 108MP

Diterbitkan Februari 26, 2021 oleh Amalina Athman

Menjelang pelancaran global yang akan berlangsung beberapa hari lagi, Xiaomi telah mengacah beberapa spesifikasi utama yang bakal ditampilkan untuk siri Redmi Note 10. Antaranya termasuk janaan cip pemproses Snapdragon, pengecasan pantas, perlindungan Gorilla Glass, penarafan IP52, paparan berlubang yang menempatkan kamera swafoto dan sebagainya.

Terkini, Xiaomi telah mengesahkan siri Redmi Note 10 akan dimuatkan dengan sensor kamera 108MP.

𝟭𝟬𝟴𝗠𝗣 𝗼𝗻 𝗮 𝗥𝗲𝗱𝗺𝗶 𝗡𝗼𝘁𝗲!#RedmiNote10 series will bring the 1st ever flagship #108MP camera from #Redmi! Mi Fans will understand the significance of this announcement.

Everything that #RedmiNote stands for boils down to this very moment. See us on 4.3.21. #10on10 pic.twitter.com/81AVSPkxik

— Redmi India (@RedmiIndia) February 25, 2021

Dengan jangkaan terdapat lebih daripada satu model dalam siri ini, kemungkinan model Redmi Note 10 Pro atau versi Pro Max yang akan dilengkapi sensor kamera berkenaan. Juga, sensor kamera itu dijangka akan menggunakan sensor Samsung HM1.

Untuk spesifikasi, kotak bungkusan yang didakwa tertiris sebelum ini telah memperlihatkan siri Redmi Note 10 akan hadir dengan panel AMOLED serta tetapan kuad kamera pada bahagian belakang peranti.

Apapun, nantikan sahaja pelancaran yang akan berlangsung pada 4 Mac 2021 untuk menjawab segala persoalan mengenainya.

Sumber: GizmoChina

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
  • Pas MyKomuter50 Diperkenalkan, Pengguna Jimat Sehingga RM160/bulan
  • Belanjawan 2027: Peminjam PTPTN Berpendapatan RM2,500 Ke Bawah Boleh Tangguh Bayaran Balik
©2026 WISER.MY