Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
redmi note 10

Rekaan Redmi Note 10 Diperlihatkan Buat Pertama Kali

Diterbitkan Februari 18, 2021 · Dikemas kini Februari 18, 2021 oleh Amsyar Latif

Redmi baru-baru ini telah mengesahkan tarikh pelancaran global telefon baharu mereka iaitu Redmi Note 10 pada 4 Mac di India.

Beberapa minggu sahaja lagi sebelum ia dilancarkan, mereka telah memperlihatkan rekaan bagi telefon ini buat kali pertama.

redmi note 10 paparan

Menerusi laman mi.com, Xiaomi mengesahkan beberapa spesifikasi utama yang digunapakai pada telefon ini.

redmi note 10 SD

Cip yang akan digunakan adalah dari Qualcomm dimana ia tertulis pemproses untuk gaming. Ia turut hadir bateri lebih besar dan pengecasan pantas.

Selain itu, audio akan dilengkapi Hi-Res dan pada paparan pula maklum balas Haptic adalah lebih baik.

redmi note 10 audio

 

Bergerak pada rekaan, ia akan tampil dengan rekaan baharu serta lebih ringan. Pada bahagian hadapan, skrin dengan paparan punch-hole digunakan.

redmi note 10 bateri

Malah, Redmi Note 10 juga hadir dengan panel Gorilla Glass di hadapan dan telefon ini mempunyai penarafan IP52 untuk kalis air dan debu.

Menurut ura-ura, ia mungkin dijana cip Snapdragon 720G dan Snapdragon 750G untuk varian Pro.

Sementara paparan IPS akan digunakan pada varian biasa dengan kadar penyegaran 120Hz dan varian Pro pula paparan AMOLED.

Turut dijangka kamera utama 108MP untuk varian lebih berkuasa dan pilihan warna biru, kelabu dan gangsa.

Sumber: mi.com, gizmochina

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY