Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
redmi note 10_1

Kotak Bungkusan Redmi Note 10 Dedahkan Spesifikasi Utama

Diterbitkan Februari 24, 2021 · Dikemas kini Februari 24, 2021 oleh Amalina Athman

Xiaomi baru-baru ini telah pun mengesahkan siri Redmi Note 10 akan dilancarkan secara global pada 4 Mac 2021 di India. Menjelang pelancaran yang akan berlangsung tidak lama lagi, kotak bungkusan Redmi Note 10 kini dilaporkan telah tertiris.

Melalui imej yang dimuat naik oleh Abhishek Yadav, ia memperlihatkan beberapa spesifikasi termasuk jenis paparan dan sensor kamera utama. Peranti ini akan dilengkapi panel AMOLED dengan resolusi FullHD+.

Redmi Note 10 AMOLED

Sementara itu, di bahagian belakang pula menempatkan tetapan kuad kamera dengan 48MP utama.

Redmi Note 10 AMOLED 🤩🤩🤩
-FHD+ AMOLED display
-48MP Quad Rear Camera pic.twitter.com/uB6JCIkK23

— Abhishek Yadav (@yabhishekhd) February 23, 2021

Selain versi asas Redmi Note 10, siri ini turut dilaporkan bakal hadir dengan dua lagi model iaitu Redmi Note 10 Pro dan Redmi Note 10 Pro Max. Bagaimanapun, tidak diketahui jika benar siri ini bakal menampilkan tiga model atau hanya mempunyai dua model tanpa kehadiran versi “Pro Max”.

Sehingga itu, semua persoalan ini akan terjawab pada pelancaran yang akan berlangsung 4 Mac 2021.

Sumber: GSMArena

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY