Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
realme 7

Siri realme 7 Bakal Dilancar 3 September Ini, Dilengkapi Pengecasan Pantas 65W SuperDart

Diterbitkan Ogos 27, 2020 oleh Amalina Athman

realme baru-baru ini mengumumkan realme X7 dan realme X7 pro akan dilancarkan di China pada 1 September nanti. Hari ini, syarikat itu mengesahkan siri realme 7 akan dilancarkan di India pada 3 September 2020. Ia turut memperlihatkan rekaan skrin paparan dan beberapa fungsi utama dalam siri realme 7.

Terdapat dua model yang diumumkan untuk siri baharu ini iaitu realme 7 dan realme 7 Pro. Skrin siri realme 7 hadir dengan paparan berlubang yang diletakkan pada bahagian penjuru.

Siri realme 7 Bakal Dilancar 3 September Ini, Dilengkapi Pengecasan Pantas 65W SuperDart

Menerusi poster yang dimuatnaik, peranti ini didatangkan dengan tetapan kuad kamera 64MP dan juga menyokong pengecasan pantas 65W SuperDart. Ia turut melepasi pengiktirafan daripada TÜV Rheinland.

pelancaran realme 7

Buat masa ini, tidak banyak yang didedahkan oleh realme mengenai siri realme 7. Dijangka lebih banyak pendedahan mengenai siri realme 7 menjelang acara pelancaran yang akan berlangsung pada jam 3 petang, 3 September 2020.

Sumber: realme

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
  • Guna AI Cari Kelemahan PS5, Penggodam Terima AS$50,000 Daripada Sony
  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
©2026 WISER.MY