realme X7 adalah yang pertama dalam barisan peranti realme dengan skrin paparan AMOLED dan juga menyokong kadar segar 120Hz. Sebelum ini, siri X50 Pro yang didatangkan dengan skrin Super AMOLED hanya menyokong kadar segar semula 90Hz. Manakala realme X3 pula menyokong kadar segar semula 120Hz, tetapi hanya dengan skrin IPS LCD.
Dalam pada itu, poster yang dikongsi di Weibo turut memperlihatkan siri realme X7 dimuatkan paparan berlubang dan mempunyai maksimum 1200 nits kecerahan dengan 4,096 tahap penyesuaian kecerahan.
Bagi spesifikasi lain, penyenaraian di TENAA menunjukkan ia dijangka hadir dengan paparan bersaiz 6.55 inci Full HD+, dikuasakan cip pemproses Dimensity 1000+ , RAM 8GB+256GB storan serta berasaskan Android 10.
Untuk maklumat rasmi mengenai siri realme X7, nantikan pelancaran yang akan berlangsung pada 2 petang, 1 September 2020.
Sumber: Weibo
Berkaitan
- realme C11 Dengan Varian 3GB/32GB Ditawarkan Pada Harga RM479
- realme Perlihatkan Telefon Dengan Teknologi Kamera Bawah Paparan
- Didakwa Menipu Markah Penanda Aras, realme GT Dibuang Dari Senarai AnTuTu
- realme Pintas Xiaomi Untuk Pasaran Asia Tenggara
- Siri realme Q2 Akan Diperkenal Pada 13 Oktober Ini
- realme Narzo 20 Pro Akan Dijual Lebih Murah, Percuma Smart Cam 360 Untuk Esok Sahaja
- realme C55 Dilancarkan Sebagai Android Pertama Dengan Mini Capsule
- realme Watch, Percubaan realme Untuk Hasilkan Jam Tangan Pintar Pertama
- CEO realme Dedahkan Spesifikasi Utama realme 8 Menjelang Pelancaran
- realme Akan Mengadakan Kejohanan PUBG Mobile Dengan Hadiah Wang Tunai Sehingga RM10,000