Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
realme 6

Siri realme 6 Dijangka Akan Dijual Pada Harga Lebih Tinggi

Diterbitkan Mac 4, 2020 oleh Meor Hasyim

realme 5 dan 5 Pro merupakan penawaran kelas pertengahan dari realme. Untuk model mereka yang terbaharu, mereka dijangka akan melancarkan siri 6 iaitu realme 6 dan 6 Pro pula.

Sudah semestinya peranti akan menggunakan spesifikasi lebih berkuasa. Akan tetapi, dengan siri yang terbaharu ini, realme dijangka akan menjualnya dengan harga yang lebih tinggi.

Baru-baru ini, ketua bahagian pemasaran realme India menyatakan bahawa realme 6 bukannya pengganti realme 5. Sebaliknya apa yang dimaksudkan adalah realme 6 akan menggantikan model realme 5 Pro.

From the pricing perspective, realme 6 is not a successor of realme 5. Our product portfolio has been redefined. #realme6 is our new pro. Hope this clarifies price part. 👆
See you on 5th March, watch it live! pic.twitter.com/jKLHNZrnTZ

— Francis Wong (王硕) (@FrancisRealme) March 3, 2020

Dengan model asas realme 6 menggantikan model realme 5 Pro yang lama, ia memberi indikasi bahawa siri realme 6 akan memasuki satu ‘kategori’ lebih tinggi. Secara tidak langsung model siri realme 6 akan menjadi lebih mahal lebih-lebih lagi model 6 Pro disebabkan spesifikasinya lebih berkuasa.

Semestinya akan ada pengguna yang merasa kecewa dengan kenaikan harga siri ini. Namun, dengan penggunaan perkakas dan teknologi lebih maju, adalah mustahil dan tidak masuk akal jika realme mahu kekalkan harga jualan yang sama seperti model sebelumnya.

Sumber: realme

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY