Siri Huawei Nova 6 Dilancarkan - Kirin 990, Kamera 40MP, Sokongan 5G

Akhirnya Huawei telah melancarkan siri Nova 6 setelah berminggu diacahkan. Ia membawakan 3 model dalam siri ini iaitu Nova 6 5G, Nova 6, dan Nova 6 SE. Buat pertama kalinya, Huawei menyertakan rangkaian 5G dalam siri Nova melalui model Nova 6 5G.

Huawei Nova 6 5G dan Nova 6


Kedua-dua model Nova 6 dan Nova 6 5G dilengkapi oleh skrin 6.57 inci FHD+ AMOLED dengan kamera berbentuk pil 32MP swafoto utama dan juga 8MP ultralebar. Pihak DxOMark baru-baru ini juga telah menguji kamera swafoto dan mendapati ia adalah yang terbaik dan mengalahkan Galaxy Note 10+ 5G. Jadi, ia merupakan raja swafoto dalam carta DxOMark buat masa ini. Terdapat juga pengimbas cap jari di bahagian kanan yang juga berfungsi sebagai butang kuasa.


Huawei's nova 6 line is here with punch displays, 40W fast charging and large batteries

Untuk kamera belakang, ia mempunyai 3 kamera dengan 40MP utama, 8MP telefoto, dan juga 8MP ultralebar.


Kedua-dua model dijana oleh Kirin 990. Untuk versi 5G pula, ia dipadankan dengan modem Balong 5000 untuk rangkaian 5G tersebut. RAM adalah sebesar 8GB manakala storan dalaman terdapat dalam dua pilihan iaitu 128GB dan 256GB. Dari segi perisian pula, ia mempunyai Android 10 dengan salutan EMUI 10.


Terdapat sedikit perbezaan bateri di antara keduanya. Nova 6 berkapasiti 4,100mAh dan untuk Nova 6 5G pula ia bersaiz 4,200mAh. Kedua-duanya menyokong pengecasan pantas Huawei SuperCharge 40W.



Huawei Nova 6 SE


Jika Nova 6 dan Nova 6 5G merupakan model kelas flagship, Nova 6 SE pula merupakan model kelas pertengahan. Skrinnya sedikit kecil dengan saiz 6.4 inci FHD+ LCD berserta lubang kamera swafoto 16MP. Ia juga turut mempunyai pengimbas cap cari di bahagian sisi.

Huawei's nova 6 line is here with punch displays, 40W fast charging and large batteries

Untuk Nova 6 SE, ia punyai tetapan 4 kamera - 48MP utama, 8MP ultralebar, 2MP depth dan 2MP lensa makro. Ia dijana oleh cip Kirin 810 bersama-sama 8GB RAM dan storan dalaman 128GB. Bateri pula adalah 4,200mAh dan masih juga mempunyai sokongan pengecasan pantas Huawei SuperCharge 40W.


Huawei Nova 6 5G dijual di China pada harga bermula CNY 3,799 (~RM2,247) manakala Nova 6 berharga CNY 3,199 (~RM1,892) . Untuk Nova 6 SE pula, ia dijual pada harga CNY 2,199 (~RM1,300).


Belum diketahui lagi sama ada peranti-peranti ini akan memasuki Malaysia atau tidak.

Berkaitan