Huawei baru-baru ini memperlihatkan fungsi-fungsi baharu bagi antara muka sistem operasinya, iaitu HarmonyOS 3.0.
Melaluinya, dijangka peranti yang lama dinantikan dalam barisan jenama mereka – siri Huawei Mate 50 mungkin dilancarkan.
Mengikut khabar angin terbaharu, Huawei akan melancarkan siri Mate 50 pada September depan. Dikatakan lagi, terdapat 3 model yang bakal diperkenalkan, iaitu Mate 50, Mate 50 Pro dan Mate 50 RS.
Untuk Mate 50, ia didakwa menggunakan paparan berlubang. Sementara Mate 50 Pro sedikit berbeza di mana menggunakan paparan bertakuk agak besar.
Antara sebab mengapa hadirnya takuk adalah disebabkan ia mungkin mempunyai beberapa fungsi yang mempertingkatkan kemampuan nyahkunci melalui imbasan wajah.
Bukan itu sahaja, siri Mate 50 turut dilaporkan menggunakan sistem kamera terbaru, iaitu XMAGE memandangkan Huawei sudah lagi tidak bersama Leica.
Dari segi cip pemprosesan, Mate 50 dan Mate 50 mungkin menggunakan cip lama Snapdragon 888. Manakala Mate 50 RS pula Kirin 9000S.
Apa-apa pun, Huawei masih belum mengesahkan lagi tarikh pengenalan peranti terbaharu mereka. Oleh itu, sama-sama kita nantikan.
Sumber: huawei central, sparrow news