Lokasi Apple Store kedua Singapura ini cukup menarik.
Selepas baru sahaja membuka Apple Store kedua untuk Taiwan, Apple Inc. dilaporkan akan membuka pula Apple Store kedua untuk negara Singapura. Apple Store tersebut dijangka akan dibuka pada bulan 13 Julai 2019 ini.
Menjadikannya lebih menarik adalah lokasi Apple Store itu yang berada di dalam Lapangan Terbang Jewel Changi, Singapura yang cukup indah. Malah bersempena dengan pembukaan rasmi Apple Store itu, Apple dijangka akan mengadakan program khas yang akan diadakan di laluan yang dipanggil sebagai The Magic of Jewel Changi Airport Photo Walk.
Laluan tersebut yang terletak setinggi 500 meter membolehkan pelawatnya mengambil gambar-gambar menarik keindahan arkitektur bangunan lapangan terbang tersebut.
Pembukaan Apple Store Jewel Changi ini bakal menjadikannya Apple Store kelima di Asia Tenggara (kedua di Singapura) selepas Apple Store Orchard Road (Singapura), Apple Store Iconsiam (Thailand) serta Apple Store Taipei 101 dan Apple Store Xinyi A13 yang terletak di Taiwan. Malaysia bila lagi...
Sumber: The Straits Times
Berkaitan
- AI Dibangunkan Apple Dilaporkan Boleh Berfungsi Tanpa Perlu Sambungan Internet
- Pengguna iPhone Yang Failkan Saman Isu Bateri Terhadap Apple Mula Terima Bayaran
- Barisan Apple MacBook Pro Kini Dengan Warna Baru, Space Black
- Hampir 600 Aplikasi Dari Google Play Store Dibuang Kerana Melanggar Polisi Iklan
- Seorang Rakyat China Didapati Bersalah Menyeludup Masuk 40,000 Peranti Palsu Apple Ke A.S
- Huawei Akan Perkenalkan Pesaing Kepada Cip Audio Apple H1
- Apple Melepaskan Kemas Kini iOS 13.2 Dan iPadOS 13.2
- Lelongan Buku Manual Apple-1 Ini Dijangka Mampu Mencecah Sehingga $10 Ribu
- Penyelidik Temui Perisian Hasad Jerung Dalam Aplikasi Ini Disebar Menerusi Play Store
- Apple MacBook Air 15 Inci Mungkin Muncul Di WWDC