Apple Store Kedua Bakal Di Buka Di Taiwan

Apple Store ke-2 untuk Taiwan.


Apple hari ini mengumumkan Apple Store Xinyi A13 yang terletak di daerah Xinyi, Taipei, Taiwan akan dibuka secara rasminya kepada pengunjung bermula jam 10 pagi, hari Sabtu minggu ini.

Ia merupakan Apple Store kedua Taipei yang ditempatkan tidak jauh dengan lokasi Apple Store Taipei 101 yang telah dibuka secara rasminya pada 1 Julai 2017 yang lalu.

Pada hari pembukaannya nanti, Apple buat pertama kalinya akan menghoskan acara artist-led pada sesi Today at Apple bersama dengan artis-artis terkenal serta artis tempatan Taiwan.

Acara tersebut akan dimulakan dengan persembahan nyanyian oleh penyanyi terkenal Taiwan, Eve Ai.

Kapsyen: Rekaan unik tangga marmar yang terdapat di dalam Apple Store Xinyi A13.


Dijangkakan lebih separuh daripada 155 orang di dalam pasukan Apple Store Xinyi A13 akan hadir untuk turut sama dalam majlis pembukaan Apple Store tersebut. Lebih menarik adalah mereka yang datang itu hadir daripada pelusuk rantau Taiwan yang menggunakan lebih daripada 10 jenis bahasa pertuturan.

Jadi bagi mereka yang mungkin kebetulan sedang berada di Taipei ketika itu, bolehlah meluangkan masa untuk turut sama merasai kemeriahan pembukaan Apple Store Xinyi A13  itu nanti.

Apple Store Malaysia...?


Ketika ini, negara-negara di dalam Asia Tenggara yang memiliki Apple Store adalah Singapura (Apple Store Orchard Road) , Thailand (Apple Store Iconsiam) dan Taiwan (Apple Store Taipei 101 dan Apple Store Xinyi A13). Malaysia...belum ada buat masa sekarang.