Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
sukma 2024_wiser

Siaran Langsung Pembukaan SUKMA 2024 Akan Guna Teknologi 5G Advanced

Diterbitkan Julai 31, 2024 · Dikemas kini Julai 31, 2024 oleh Amalina Athman

CelcomDigi kini mengumumkan kerjasama dengan U Mobile dan ZTE untuk menyiarkan siaran langsung  pertama di Malaysia yang dikuasakan oleh teknologi 5G-Advanced (5G-A).

Kerjasama strategik itu, yang pertama kali diumumkan melalui MoU di MWC Barcelona 2024, akan menyaksikan ketiga-tiganya akan menggunakan teknologi 5G-A untuk siaran langsung acara pembukaan Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 pada 17 Ogos 2024 dari Stadium Sarawak, melalui Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Percubaan itu akan menampilkan teknologi mmWave AAU oleh ZTE, dengan lebar jalur (bandwidth) terbesar dan tatasusunan 1024 antena.

Menurut CelcomDigi, teknologi ini membolehkan sel tunggal mencapai kapasiti melebihi 30Gbps, dengan penggunaan individu boleh mencecah kelajuan sehingga 8.5Gbps. Ia juga boleh digunakan untuk kedua-dua perkhidmatan B2B dan B2C.

Dalam pada itu, orang ramai dijemput untuk menyaksikan secara langsung bagaimana ia berfungsi di Pavilion 5G-A di Stadium Sarawak atau dari mana-mana yang boleh disaksikan Acara Pembukaan SUKMA 2024.

Berkaitan

  • Maxis Dan Huawei Pacu Teknologi 5G-Advanced Di Malaysia Dan Asia Tenggara
  • Kementerian Komunikasi Rancang Guna Teknologi 5.5G Dalam Penstriman Langsung SUKMA

Sumber: CelcomDigi Newsroom

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY