Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Fahmi Fadzil_Kementerian Komunikasi

Kementerian Komunikasi Rancang Guna Teknologi 5.5G Dalam Penstriman Langsung SUKMA

Diterbitkan Mei 27, 2024 ยท Dikemas kini Mei 27, 2024 oleh Amalina Athman

Kementerian Komunikasi merancang untuk menggunakan teknologi 5G Advanced atau 5.5G dalam penstriman langsung temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 di Sarawak menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM), pada Ogos ini.

Berkaitan

  • Maxis Tayang Teknologi 5.5G Pertama Di Malaysia, Kelajuan Lebih 8Gbps
  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen

Menterinya, Fahmi Fadzil berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) telah menerima permohonan daripada syarikat telekomunikasi yang berhasrat bekerjasama dengan RTM bagi tujuan itu.

Jika direalisasikan, kelajuan internet boleh mencapai lapan kali ganda lebih pantas berbanding 5G sedia ada, yang mana diperlukan terutama dalam bidang penyiaran.

Tambah Fahmi, Kuching dipilih sebagai lokasi proof of concept (bukti konsep) sebelum digunakan secara meluas, selain terdapat beberapa aspek teknikal yang perlu dikaji.

Dalam pada itu, beliau turut menjangkakan Malaysia berupaya menyediakan kemudahan internet menerusi perkhidmatan satelit direct to device atau terus ke peranti satelit pada 2026 atau 2027.

Sumber: BERNAMA
Gambar utama: Kementerian Komunikasi

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY