Shopee Tingkatkan Penawaran Topeng Muka Dan Cecair Pembersih Tangan Bagi Penuhi Permintaan Pengguna

Bagi langkah keselamatan serta perlindungan diri dari jangkitan wabak koronavirus, rakyat Malaysia disarankan untuk memakai topeng muka apabila berada di luar rumah. Hal ini juga, menyebabkan banyak topeng muka kehabisan stok di kedai-kedai kesihatan serta farmasi.

Lanjutan itu, pengeluar topeng muka telah meningkatkan pengeluaran disebabkan  permintaan sebanyak tiga kali ganda berbanding tempoh biasa. Pihak Shopee juga berusaha untuk memenuhi keperluan rakyat Malaysia dengan cara bekerja rapat bersama pengeluar serta pengedar barangan bagi memerangi wabak ini.

shopee mart

Shopee dalam proses untuk mendapatkan stok tambahan bagi topeng muka 3 lapis dan cairan pembersih tangan saiz travel (50ml) yang boleh didapati S-Mart pada minggu hadapan. Pelanggan juga boleh dapatkan bekalan topeng muka KF94 di S-Mart mulai hari ini.

Topeng muka KF94 akan dijual pada harga RM 5.90 setiap satu, manakala satu set topeng muka 3 lapis yang mempunyai 5 keping akan dijual pada harga RM 3.90. Setiap pengguna Shopee dihadkan maksimum satu topeng KF94 dan satu set topeng muka 3 lapis.