Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
foodpanda Rider 2

Foodpanda Pastikan Kesihatan Dan Keselamatan Bagi Penghantar Makanan Berikutan Penularan Covid-19

Diterbitkan Mac 24, 2020 oleh Syifa' Syakinah

Platform penghantaran makanan foodpanda, akan terus memastikan kesihatan dan langkah-langkah keselamatan bagi penghantar makanan mereka sepanjang tempoh PKP berjalan.

Foodpanda sedia melaksanakan langkah-langkah dan cadangan untuk mengutamakan tentang keselamatan pengahantar makanan seperti berikut :

  • Pakai topeng muka sepanjang tempoh bekerja
  • Basuh tangan dengan kerap menggunakan air dan sabun
  • Guna sanitizer tangan sebelum dan selepas setiap penghantaran
  • Kepilkan beg kertas dan tutup bekas makanan dengan rapi
  • Pensterilan beg penghantaran atau beg haba mereka
  • Jika mereka menunjukkan tanda-tanda kurang sihat atau sakit, mereka dikehendaki berjumpa doktor dengan kadar segera

foodpanda

Selain itu, foodpanda akan menyediakan bantuan kewangan kepada penghantar makanan yang didapati terlibat dengan wabak Covid-19. Di bawah pelan perlindungan pendapatan yang diperkenalkan oleh syarikat, penghantar makanan foodpanda yang diletakkan di bawah tempoh kuarantin layak menerima elaun sebanyak RM 300.

Manakala, penghantar makanan yang disahkan positif Covid-19 akan menerima elaun sebanyak RM 1,000 daripada foodpanda. Tambahan lagi, foodpanda juga telah menyediakan saluran komunikasi telegram khusus untuk semua penghantar makanan.

Saluran komunikasi tersebut diwujudkan dengan tujuan untuk mendapatkan maklumat tentang segala perkembangan terkini dan juga menggalakkan perkongsian informasi.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY