Kamera ini juga didatangkan dengan dua filem iaitu Blue Marble dan White Marble. Kedua-dua nya memaparkan corak marmar pada bingkai gambar. Filem Blue Marble didatangkan dengan saiz mini format, manakala bagi filem White Marble ia didatangkan dengan saiz square format.
Kamera Instax Mini 11 dilengkapi dengan fungsi ''Automatic Exposure'' di mana kamera dapat merasakan tahap cahaya ambien secara automatik apabila butang shutter ditekan. Ia juga mengoptimumkan kelajuan shutter dan output flash mengikut keadaan.
Selain itu, kamera ini juga mempunyai fungsi ''Selfie Mode'' yang membolehkan pengguna menangkap mod swafoto dan sesuai untuk close up dengan cara menarik keluar bahagian hadapan kanta selepas menghidupkan kamera.
Badan kamera dihasilkan dengan reka bentuk yang menarik dan trendy. Dengan berat 239g, ia dikatakan lebih ringan dari model sebelumnya yang memudahkan untuk dibawa ke mana-mana. Pada bahagian belakang kamera, ia memaparkan logo jenama instax untuk kelihatan eksklusif.
Tambahan lagi, Mini 11 tersedia dengan lima pilihan warna iaitu Blush Pink, Sky Blue, Charcoal Gray, Ice White dan Lilac Purple. Kameri ini dihadirkan dengan dua aksesori yang boleh ditukar pada butang shutter mengikut keutamaan pengguna.
Instax Mini 11 dilancarkan secara eksklusif di Malaysia melalui kedai rasmi Fujifilm di Shopee. Dijual pada harga RM 388 dan boleh melakukan pra tempahan bermula 15 sehingga 22 Mac 2020. Pembeli yang mendapatkan secara pra-tempah akan menerima Instax Mini DIY Kit yang bernilai RM 60 termasuk satu album foto, satu set pen, satu pelekat hiasan dan satu pita pelekat.
Berkaitan
- realme Capai Rekod Dengan 6 Pencapaian Pada Jualan Ulang Tahun Lazada
- Vivo V17: Peranti Yang Baik, Tetapi Harga...Kurang Baik
- TIME Tawar 500 Minit Panggilan Percuma Dan Diskaun RM10 Selama 24 Bulan Bagi Naik Taraf Jalur Lebar
- Astro Dan Maxis Tawar Pakej Kandungan 300Mbps, 500Mbps dan 800Mbps Serendah RM 189 Sebulan
- Xiaomi Mi10 Telah Menerima Pengesahan SIRIM
- Celcom Dan Maxis Berjaya Uji 5G Melalui Perkongsian Rangkaian Akses Radio
- Ini Adalah Produk Terbaru Yang Diperkenalkan Oleh Huawei Di Barcelona
- realme C3 Habis Dijual Dalam Masa 12 Minit
- Mana Wiser Dapat Phone Untuk Review, Beli Sendiri Ke? #QnA Part 1
- Boost Perkenal Tabung Covid-19 Untuk Bantu Mereka Yang Terkesan Dengan Pandemik Covid-19