Vivo Malaysia Beri Sumbangan 20 Ribu Topeng Muka Kepada Yang Memerlukan Sepanjang Covid-19

Negara Malaysia tidak terkecuali dalam menghadapi penularan wabak Covid-19 seperti negara lain. Antara barangan yang menjadi keperluan pada masa kini adalah topeng muka dan sanitizer tangan bagi menghindari jangkitan virus tersebut.

Kedua-dua barangan tersebut didapati semakin berkurangan pada pasaran berikutan pengguna mendapatkannya. Hal ini menjadikan syarikat pengeluar telefon pintar jenama vivo mengambil langkah untuk menyumbang barangan tersebut kepada rakyat Malaysia.

Seperti yang kita dapat lihat pada dua minggu lepas, vivo Malaysia telah menyumbangkan cecair pembersih tangan kepada orang ramai. Sumbangan tersebut diberikan di empat buat Vivo Concept Store yang terpilih.

vivo malaysia

Kini, syarikat itu telah memberi topeng muka dengan jumlah 20,000 keping kepada yang memerlukan. Mereka juga turut menyertakan slogan ''Berat Sama Dipikul, Ringan Sama Dijinjing'' bagi menunjukkan keprihatinan sesama rakyat.  Selain itu, vivo juga telah menjalin kerjasama dengan Mercy Malaysia dalam usaha ini.

"Sebagai penduduk Malaysia, kami berusaha memainkan peranan kami dalam membantu komuniti bagi menyediakan bekalan kepada rakyat yang memerlukan. Kita perlu bersama-sama semangat dan perangi pandemik ini, "kata Encik Mike Xu, Ketua Pegawai Eksekutif vivo Malaysia.