Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
shopee

Shopee Dan Pos Laju Jalin Kerjasama Dalam Kempen Stay Home Essential

Diterbitkan April 2, 2020 oleh Syifa' Syakinah

Platform e-dagang Shopee bersama syarikat Pos Malaysia telah menjalinkan kerjasama dalam pelancaran kempen ”Stay Home Essential”. Kempen diwujudkan bagi memudahkan pelanggan membeli barangan keperluan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

Kempen ini berlangsung bermula 3 sehingga 25 April ini. Pengguna kini boleh membeli barangan keperluan melalui Shopee dan akan sampai ke rumah menggunakan perkhidmatan Pos Laju. Barangan yang disediakan di platform e-dagang tersebut termasuk barangan bayi, kanak-kanak, barangan kegunaan isi rumah, ikan, ayam dan sebagainya.

shopee

Selain itu, Pos Laju turut menawarkan ”Essential Vouchers” harian bernilai RM 5 dan RM 10 yang layak bagi pembelian minimum serendah RM 15. Pengguna juga hanya perlu memilih Pos Laju sebagai rakan penghantaran pilihan untuk menebus baucer Pos Laju sebelum mendaftar keluar.

Dengan cara ini, pelanggan dapat membeli barangan harian dengan mudah menerusi dalam talian, sekaligus dihantar oleh Pos Malaysia.

Sumber : Bernama

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY