Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Tips Menjual di Shopee

Shopee Masih Beroperasi Seperti Biasa Dalam Menyediakan Keperluan Rakyat Malaysia

Diterbitkan Mac 18, 2020 oleh Syifa' Syakinah

Operasi perniagaan Shopee yang merupakan platform e-dagang diteruskan seperti biasa walaupun pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan selama 14 hari. Perintah Kawalan Pergerakan tersebut bermula 18 sehingga 31 Mac ini bagi membendung penularan wabak Covid-19.

Shopee juga turut bekerja rapat bersama rakan kongsi peruncit dan pembekal seperti Mydin, Tesco, Nestle. Freshtap.my dan sebagainya dalam memastikan bekalan mencukupi untuk rakyat Malaysia. Barangan keperluan seperti tisu basah, topeng muka, cecair pembersih tangan dan barangan segar turut ditawarkan di platform tersebut.

Shopee turut ambil langkah dalam mengehadkan bilangan barangan keperluan utama yang boleh dibeli oleh setiap pelanggan. Cara ini bertujuan untuk memastikan semua rakyat Malaysia mendapat akses secara adil dengan barangan tersebut.

Di samping itu, Shopee juga turut menyediakan kemudahan pengahantaran secara percuma di seluruh negara bagi mengurangkan kos pada tempoh ini.

Sumber : Bernama

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY