Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
foodpanda Rider 2

Foodpanda Tubuhkan Organisasi Keselamatan Untuk Tangani Covid-19

Diterbitkan Mac 10, 2020 oleh Syifa' Syakinah

Memandangkan wabak Covid-19 semakin menular, syarikat penghantaran makanan foodpanda telah mewujudkan jawatankuasa keselamatan bagi menangani wabak ini. Langkah itu adalah bertujuan untuk melindungi kesihatan dan kesejahteraan pekerja dan rakan kongsinya.

Foodpanda APAC telah bangunkan sebuah jawatankuasa iaitu Business Continuity Planning (BCP). Jawatankuasa ini berperanan dalam melaksanakan langkah-langkah bagi memastikan kesihatan dan keselamatan para pekerja serta rakan kongsi perniagaan.

Jawatankuasa ini terdiri daripada pihak yang berkepentingan dalam foodpanda APAC dan dipengerusikan sendiri oleh CEO foodpanda iaitu Jakob Angle. Selaras dengan cadangan dari KKM, BCP telah melaksanakan beberapa langkah dinamik :

  • Pemeriksaan suhu badan dua kali sehari bagi pekerja dan periksa suhu yang disyorkan bagi rakan kongsi dalam penghantaran.
  • Permudahkan untuk bekerja dari rumah dan  laksanakan panggilan secara maya bagi pekerja pejabat.
  • Merancang susunan kerja dalam berpasukan untuk mengurangkan perjumpaan.
  • Menetapkan garis panduan untuk bekerja di rumah bagi pekerja yang menggunakan pengangkutan awam dan pekerja yang tidak sihat.
  • Gantung perjalanan perniagaan yang melibatkan antara Asia Pasifik, Eropah dan MENA sehingga akhir Mac 2020.
  • Acara atau persidangan yang dirancang telah dibatalkan.

foopanda

Syarikat itu juga telah membangunkan langkah-langkah komunikasi khusus untuk memastikan semua pekerja dan rakan kongsi perkhidmatan dimaklumkan dengan baik tentang langkah-langkah kebersihan diri.

Mereka juga menubuhkan saluran telegram yang berdedikasi dengan rakan kongsi dalam perkhidmatan penghantaran  dan mempunyai semua ahli BCP yang tersedia untuk sebarang pertanyaan. Foodpanda ingin memastikan seluruh keluarga mereka berasa selamat dan disokong pada masa ini.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY