Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Shonen Jump Umum Siri Manga Hunter x Hunter Akan Kembali Oktober Ini

Shonen Jump Umum Siri Manga Hunter x Hunter Akan Kembali Oktober Ini

Diterbitkan Ogos 20, 2024 · Dikemas kini Ogos 20, 2024 oleh ariff bukhari

Selepas hampir 2 tahun diam tanpa perkhabaran, siri manga aksi-pengembaraan popular karya Yoshihiro Togashi, Hunter x Hunter, disahkan akan kembali ke Weekly Shonen Jump pada tahun ini.

Menerusi program Shonen Jump’s Jump Press, Hunter x Hunter didedahkan akan kembali dalam Weekly Shonen Jump bermula Isu 45.

Bab baharunya itu akan dikeluarkan pada 7 Oktober 2024 akan datang sekali gus menandakan kembalinya Togashi kepada penerbitan buat kali pertama sejak berehat selepas Bab 400 Hunter x Hunter pada Disember 2022 dahulu.

Hunter x Hunter mengisahkan tentang pengembaraan Gon, seorang budak yang mahu mengikuti jejak ayahnya untuk menjadi sebagai seorang pemburu (Hunter).

Sepanjang pengembaraannya itu dia ditemui rakan-rakannya yang lain seperti Killua, Leorio dan Kurapika yang turut sama menemaninya sambil bersama-sama berlatih menjadi lebih kuat.

Hunter x Hunter juga ada diterbitkan dalam siri anime yang anda boleh tontonnya di Netflix yang mengandungi sebanyak 6 musim.

Jadi, berita kembalinya siri tersebut pastinya mengembirakan para peminatnya yang akan dapat menjangkakan siri animenya juga pasti akan muncul pada masa hadapan.

Sumber: CBR

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • Kena Cepat, Anda Boleh Jimat Sehingga RM800 Kalau Beli Siri iPhone 15 Di Kedai Ini
  • Age of Empires Mobile Bakal Hadir Di Android Dan iOS Oktober Ini
  • Restoran Nasi Kandar Popular Setuju Bayar Lebih RM221 Ribu, Siar Siaran Astro Di Lokasi Tidak Dibenarkan
  • Apple Keluarkan Semula Kemas Kini iOS 17.6.1

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY