Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Astro Pendekkan Tempoh Pembayaran Bil Mulai 1 Oktober

Restoran Nasi Kandar Popular Setuju Bayar Lebih RM221 Ribu, Siar Siaran Astro Di Lokasi Tidak Dibenarkan

Diterbitkan Ogos 19, 2024 · Dikemas kini Ogos 20, 2024 oleh ariff bukhari

Rangkaian restoran ‘Nasi Kandar’ yang popular bersetuju dengan penyelesaian melalui penghakiman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk membayar RM221,773.20 kepada Measat Broadcast Systems Sdn Bhd, anak syarikat Astro Malaysia Holdings Berhad.

Ia selepas Thaqwa (Malaysia) Sdn Bhd  didapati melanggar perjanjian langganan penggunaan siaran TV berbayar Astro secara tidak dibenarkan di beberapa lokasi.

Thaqwa hanya mempunyai langganan untuk dua premis tertentu tetapi memperluaskan penggunaannya kepada 8 restoran lain tanpa kebenaran melalui penggunaan kad pintar Astro, kotak penyahkod dan peralatan lain untuk mengakses dan memaparkan kandungan Astro dilokasi tersebut.

Sebagai sebahagian daripada penyelesaian itu, Thaqwa bersetuju untuk menggunakan langganan Astro mereka hanya di lokasi yang dibenarkan dan menghormati hak cipta dan hak harta intelek Astro.

Penyelesaian Thaqwa hanyalah salah satu daripada beberapa kes yang sedang giat diusahakan oleh Astro untuk melindungi hak harta inteleknya.

Mahkamah Tinggi pada November 2022 telah menetapkan bahawa adalah menyalahi undang-undang bagi premis komersial untuk menunjukkan kandungan kepada orang ramai daripada sumber yang tidak dibenarkan, termasuk siaran Astro tanpa lesen komersial yang sesuai.

“Astro komited sepenuhnya untuk memerangi cetak rompak digital, mengetahui betapa ia membahayakan media dan industri kreatif. Dengan mengambil langkah undang-undang yang kukuh dan melindungi harta intelek, Astro membantu memastikan pencipta dan artis dibayar secara adil untuk karya mereka. Perjuangan ini adalah kunci untuk memastikan industri terus hidup dan berkembang maju, membolehkan idea dan kandungan baharu berkembang.” Ketua Jualan dan Pemasaran Astro, Tai Kam Leong.

Sumber: Astro

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • Cetak Rompak Jejaskan Operasi, Astro Ambil Tindakan Terhadap Individu Dan 2 Syarikat
  • Astro Tawar WiFi Kencang Serendah RM99.99/bulan Di Sabah
  • Semua Pelanggan Astro Dapat Akses Tanpa Caj Tambahan Tonton 219 Perlawanan Liga Malaysia Musim 2024/25 Dalam HD
  • Pelanggan Astro, sooka Dan NJOI Boleh Tonton Semua 380 Perlawanan Liga Perdana Inggeris Musim 2024/2025 

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY