Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Sharp EV

Sharp Dan Pengilang iPhone Tayang EV Prototaip Pertama Mereka Dilengkapi TV 65 Inci

Diterbitkan September 22, 2024 · Dikemas kini September 23, 2024 oleh ariff bukhari

Pengeluar peralatan rumah dari Jepun, Sharp Corp. baru-baru ini telah menayangkan prototaip kenderaan elektrik (EV) pertamanya yang dikenali sebagai “LDK+”.

Sharp menjelaskan, “LDK+” ialah EV generasi akan datang yang dilengkapi dengan skrin gergasi dan tempat duduk yang boleh diputar untuk mewujudkan ruang seakan ruang tamu.

Sharp EV2
Sharp EV

Model EV itu yang dibangunkan dengan kerjasama Hon Hai Technology Group (Foxconn) dan syarikat permulaan EV yang berpangkalan di Kyoto, Folofly, dilengkapi skrin TV gergasi 65 inci di bahagian belakang yang Sharp nyatakan ia boleh mengubah kenderaan itu menjadi bilik teater peribadi.

“Kami mahu pelanggan kami menggunakannya seperti ruang tamu atau pejabat peribadi mereka,” kata Toshihiko Osada, seorang pegawai Sharp yang bertanggungjawab ke atas pembangunan kereta itu.

Sharp berkata bahawa mereka merancang untuk mula menjual EV itu dalam beberapa tahun akan datang.

Berkaitan

  • Beli PC Ini: Waranti 3 Tahun, RAM 32GB, GPU 8GB...Semuanya Bawah RM3699
  • Ramai Tak Tahu Tawaran Eksklusif iPhone 16 di iTworld, Jangan Terlepas
  • Dapat iPhone 16 Kedua Dengan Hanya RM1, Ini Caranya

Sumber: Sharp, Kyodo News

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY