Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
SHARGE POUCH Power Bank

Sharge Lancar Bank Kuasa Unik, Dibangunkan Bersama OnePlus

Diterbitkan Mei 29, 2024 · Dikemas kini Mei 30, 2024 oleh ariff bukhari

Syarikat teknologi pengecasan terkemuka, SHARGE kini menawarkan prapesan ke atas bank kuasa baharu mereka yang dibangunkan bersama dengan OnePlus.

Dikenali sebagai SHARGE POUCH Power Bank, bank kuasa ini boleh dipratempah pada harga RM465.09.

Hadir dalam rekaan modular 3 dalam 1 yang premium, bank kuasa ini dimuatkan dengan bateri berkapasiti 10,000mAh, menyokong pengecasan pantas SUPERVOOC 55W & PD 40W serta tersedia dengan sambungan 3x USB-C untuk pengecasan.

SHARGE POUCH Power Bank
SHARGE POUCH Power Bank

Bank kuasa ini dihasilkan dengan kerjasama komuniti OnePlus di mana ia melibatkan undian daripada komuniti itu ke atas rekaan, warna dan material yang akan digunakan pada produk tersebut.

Antara ciri utama yang dijadikan realiti hasil cadangan komunti itu ke atas bank kuasa ini adalah seperti palam boleh lipat, sambungan magnetik, storan kabel snap-on, perlindungan kepala kabel dan reka bentuk ergonomik yang menjadikannya mudah untuk dipegang.

SHARGE POUCH Power Bank sudah boleh di pra tempah menerusi laman rasmi https://sharge.com/products/pouch

Berkaitan

  • Bank Kuasa Pertama Di Dunia Dengan Ciri Ramalan Masa Pengecasan Kini Di Malaysia
  • ICEMAG, Bank Kuasa Magnetik Dengan Ciri Kipas RGB Pertama Di Dunia Tiba Di Malaysia
  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen

Sumber: SHARGE, OnePlus

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY