Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Shanghai Bakal Lancar Dana Berbilion Dolar Untuk Bangunkan Industri Kecerdasan Buatan

Shanghai Bakal Lancar Dana Berbilion Dolar Untuk Bangunkan Industri Kecerdasan Buatan

Diterbitkan September 19, 2018 oleh Helmi Samsuri
SHANGHAI, 18 Sept (Bernama) — Shanghai bakal melancarkan satu dana sebanyak 100 bilion yuan (US$14.6 bilion) bagi membangunkan industri kecerdasan buatan (AI), lapor agensi berita China Xinhua pada Selasa.

Semua projek dan platform utama AI akan diberi bantuan kewangan sehingga 100 juta yuan manakala perusahaan AI akan diberi akses kepada sumber data dalam pelbagai bidang termasuk pendidikan, penjagaan kesihatan dan pelancongan.

“Langkah-langkah itu adalah sebahagian daripada usaha Shanghai untuk mempromosi industri AI dengan fokus bagi menarik lebih banyak modal dan bakat serta mengoptimumkan penggunaan sumber data.

“Shanghai perlu merebut peluang yang dicipta oleh industri AI serta memanfaatkan sepenuhnya kepelbagaian sumber yang terdapat di bandaraya itu dalam bidang penyelidikan saintifik, bakat, data dan sokongan polisi bagi melaksanakan lebih banyak teknologi baharu AI,” kata timbakan ketua setiausaha kerajaan perbandaraan Shanghai, Ma Chunlei, di Persidangan Kecerdasan Buatan Dunia 2018 di Shanghai yang berlangsung selama tiga hari mulai 17 Sept.

Bertema “A New Era Empowered By Artificial Intelligence,” acara itu dilihat sebagai satu peluang untuk merangsang pembangunan AI di China mahupun dunia.

— BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Cipta Fabrik Dengan Skrin Sentuh Terbina Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY