Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Meta Account Center

Meta ‘Gabungkan’ Tetapan Akaun FB, IG Dan Messenger Di Bawah Satu Hab

Diterbitkan Januari 20, 2023 oleh Aziah Zulkifli

Pengguna akaun media sosial Meta seperti Instagram, Facebook dan Messenger pasti akan berasa sukar untuk mengendalikan tetapan aplikasi tersebut secara berasingan.

Oleh itu, Meta telah memperkenalkan cara yang senang untuk diakses, iaitu melalui sebuah alat yang digelar Meta Accounts Center.

Alat ini boleh dijumpai untuk setiap aplikasi namun pengguna boleh mengawal aplikasi Meta yang lain di sana.

Meta ‘Gabungkan’ Tetapan Akaun FB, IG Dan Messenger Di Bawah Satu Hab
Sumber: Meta Newsroom

Account Center menawarkan tetapan seperti data peribadi, kata laluan dan keselamatan, serta tetapan iklan. Ia akan menyenangkan pengguna untuk mengubah suai aplikasi yang lain dalam satu tetapan yang sama sahaja.

Pengguna masih boleh mengasingkan tetapan aplikasi tersebut mengikut Account Center masing-masing.

Berkaitan

  • "CCTV" Rumah Kini Boleh Dilihat Secara Langsung Melalui Peranti Galaxy Watch
  • iPhone Lebih Bernilai Berbanding Telefon Pintar Android - Kajian
  • Kesan Garis Lipatan Hampir Tiada, Samsung Perlihat Skrin Yang Boleh Dilipat 360 Darjah
  • Pengguna EV Boleh Cuba Pengecas TNB Electron Di Dua Lokasi Secara Percuma, Bermula Hari Ini
  • Sah, Siri vivo X90 Bakal Dilancarkan Di Malaysia Pada 3 Februari 2023 Ini

Selain daripada itu, Meta juga menaik taraf tetapan iklan agar pengguna boleh mengawal iklan yang ingin dilihat mengikut kesesuaian. Dengan ini, pengguna akan lebih faham cara maklumat mereka digunakan oleh pengiklan.

Account Center akan menunjukkan kesan bermula hari ini dan mula tersedia kepada pengguna Facebook, Instagram dan Messenger tidak lama lagi.

Sumber: Meta Newsroom

Gambar Utama: Meta Newsroom

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY