Mungkin atas sebab tersebut, Kementerian Keadilan UK telah membuat keputusan untuk memberikan satu telefon bimbit untuk setiap seorang daripada banduan yang ditahan di negara berkenaan. Perkara itu disahkan sendiri oleh Setiausaha kementerian, David Gauke.
Kredit : Newscientist
Menurut laporan akhbar tempatan, the Guardian, kerajaan mereka bersedia untuk membelanjakan kira-kira 7 juta Pound Sterling (~RM 37.4 juta) bagi melaksanakan cadangan tersebut. Buat masa ini, mereka bercadang untuk melaksanakannya di penjara yang bertempat di negara England dan Wales terlebih dahulu.
Perkara itu terpaksa dilaksanakan bagi mengelakkan keganasan berlaku di dalam penjara. Ini kerana para banduan sering bertengkar sesama mereka semasa berebut untuk menggunakan telefon yang disediakan di penjara bagi berhubung dengan dunia luar.
Akan tetapi, banduan hanya akan diberikan telefon bimbit yang hanya boleh membuat panggilan suara dan kiriman SMS serta kos panggilan perlu ditanggung oleh banduan sendiri. Langkah ini juga merupakan salah satu usaha kerajaan UK bagi memastikan layanan yang lebih baik diberikan kepada banduan.
Sumber
Berkaitan
- 4 Pemain Profesional PUBG Dihukum Kerana Ditangkap Menipu Dalam National PUBG League
- Spesifikasi Model Terbaru Oppo Find X Didedahkan - Bakal Hadir Dengan Snapdragon 845
- Vivo Malaysia Beri Gambaran V15 & Vivo V15 Pro Bakal Tiba Ke Pasaran Tempatan Bulan Ini
- Imej Sebenar Asus Zenfone Max Pro M2 Tertiris Menjelang Pelancaran
- Bakal Juara Taiwan Excellence eSports Cup 2019 Akan Bawa Pulang RM10 Ribu
- Perkhidmatan Pascabayar Kekal Dikenakan Cukai Enam Peratus - Lim
- YouTube Gaming Bakal Ditutup Penghujung Bulan Ini
- WhatsApp Cuma Benarkan 5 Kali Pemanjangan Mesej Selepas Ini
- Edisi Khas Pixel 'Really Blue' Habis Dijual Selepas Beberapa Minit Dilancarkan
- OnePlus Menjanjikan OnePlus 7 Lebih Pantas & Lancar Melalui Satu Video Acah