Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Setel Savers_

Setel Perkenal Langganan ‘Setel Savers’ – Lebih Ganjaran, Percubaan Percuma 2 Bulan

Diterbitkan Jun 8, 2026 oleh Amalina Athman

Setel kini memperkenalkan Setel Savers, program langganan baharu yang direka untuk memberi lebih banyak ganjaran, penjimatan dan kelebihan eksklusif kepada pengguna dalam perbelanjaan harian berkaitan mobiliti dan gaya hidup.

Setel Savers menawarkan tambahan 2x mata Mesra Rewards bagi setiap RM5 perbelanjaan (tidak termasuk transaksi DuitNow). Pengguna juga boleh mengumpul sehingga 400 mata Mesra Rewards dengan perbelanjaan minimum RM10 sebanyak empat kali di Kedai Mesra.

Setel Savers_4
Setel Savers_5

Bagi pengguna kenderaan elektrik, ia turut menawarkan sehingga 300 mata ganjaran apabila mencapai jumlah perbelanjaan terkumpul sebanyak RM300 untuk pengecasan EV.

Selain itu, pengguna juga boleh menikmati pulangan tunai sehingga RM60 bagi servis dan penjagaan kereta.

Setel Savers ditawarkan secara percuma untuk percubaan selama dua bulan bagi pengguna baharu yang mendaftar dalam tempoh promosi. Selepas tempoh percubaan, langganan akan dikenakan bayaran RM4.90 sebulan untuk terus menikmati manfaat yang disediakan.

Setel Savers_2

Dengan Setel Savers, ia dilihat sebagai penambahan baharu dalam ekosistem Setel yang memberi lebih banyak nilai kepada pengguna yang kerap menggunakan aplikasi ini untuk urusan harian berkaitan bahan api, servis kenderaan dan pembelian di rangkaian terpilih.

Berkaitan

  • Pengguna Setel Kini Boleh Tambah Nilai Secara Tunai Di Stesen Petronas
  • Setel Perkenal Ciri Pembayaran Bil Dalam Aplikasi
  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • TNG eWallet Kini Berwajah Baharu - Lebih Kemas, Mudah Diakses

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Menjelang 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
  • Agoda Kini Ada Pembantu AI Untuk Bantu Rancang Percutian, Buat Tempahan
  • MakaKami, Direktori Baharu Yang Himpun Aplikasi Buatan Malaysia
  • MyCERT Kesan Trojan Windows Disebar Melalui WhatsApp - Fail ZIP Menyamar Sebagai Dokumen Kewangan
  • Penyelidik Bangunkan Peranti Wayarles Yang Mungkin Dapat Bakar Lebihan Gula Dalam Darah Pesakit Diabetis Jenis 2
  • Cara Dapatkan Spotify Pelajar
  • 10 Laman Web Rujukan Akademik Yang Boleh Digunakan Pelajar
©2026 WISER.MY