Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Mi Band 3_21

Set Rasmi Mi Band 3 Akan Dipasarkan 27 September Ini

Diterbitkan September 20, 2018 ยท Dikemas kini September 20, 2018 oleh Helmi Samsuri

Mi Band 3, pengesan kecergasan pengganti kepada Mi Band 2 telahpun dikeluarkan pada Mei yang lalu. Mungkin ada sesetengah dari anda yang memilih untuk membeli set rasmi, Mi Malaysia akan mula memasarkannya pada 27 September depan.

Mi Band 3_03

Masih membawakan rekaan sama seperti Mi Band 2, versi ketiga kali ini dipasang dengan skrin OLED 0.78 inci yang boleh memaparkan kandungan mesej, dan maklumat lain seperti waktu, tarikh dan juga jumlah langkah kaki anda.Mi Band 3_12

Untuk mengakses menu, anda boleh sapu keatas dan kebawah manakala untuk pilihan yang lain boleh disapu kekanan atau kekiri. Butang sesentuh dibawah skrin berbentuk melengkung kebawah untuk navigasi ke paparan Home atau mengaktifkan ciri tambahan seperti mengukur kadar denyut jantung.

Mi Band 3_10

Ciri baru lain yang dibawa pada Mi Band 3 adalah jam randik, fungsi mengesan lokasi telefon pintar dan penggera yang mampu berfungsi walaupun telefon dimatikan.

Mi Band 3 akan menemui peminat pada minggu hadapan pada harga RM129 di semua Mi Stores, Lazada serta Shopee.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Air Laut Semakin Panas Cairkan Ais Laut Dari Bawah Di Kutub Utara Dan Selatan - Laporan
  • Pengguna WhatsApp Mula Terima Ciri 'Mesej Berjadual' - Tetapan Sehingga 2 Minggu Awal
  • Take-Two Sekat Projek Port PC GTA 6 Tidak Rasmi, Lebih 3,000 Repositori GitHub Terkesan
  • Cisco Dan OpenAI Lancar Shirudo, Ejen AI Tangani Kelemahan Perisian Sebelum Tampalan Siap
  • MCMC Saman Google RM300 Juta, Dakwa Gagal Turunkan Kandungan Papagomo Di YouTube
  • Tidal Haramkan Muzik Dijana AI Sepenuhnya Mulai 9 Disember
  • Harga TV LCD 65 Inci Dijangka Menjadi Lebih Mahal - Omdia
  • Persatuan Pengguna Jerman Saman Ray-Ban Dan Meta Gara-Gara Cermin Mata AI
©2026 WISER.MY