Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple AR VR

Young: Set Kepala AR/VR Apple Dilengkapi Paparan 4K, Kecerahan 5000+ Nits

Diterbitkan Mei 31, 2023 ยท Dikemas kini Mei 31, 2023 oleh Amalina Athman

Menjelang acara WorldWide Developers Conference (WWDC) yang akan berlangsung minggu depan, spekulasi mengenai set kepala Apple makin bertiup kencang. Terbaharu, penganalisis Ross Young telah mendedahkan spesifikasi paparan set kepala AR/VR yang dijangka akan diperkenal pada acara itu kelak.

Berkaitan

  • Apple WWDC23 Akan Berlangsung 5 Hingga 9 Jun, iOS 17 Antara Tumpuan
  • Apple MacBook Air 15 Inci Mungkin Muncul Di WWDC
  • Apple Sudah Daftar Tanda Nama "xrOS" Menjelang WWDC Pada Bulan Depan

Menurut Young, set kepala AR/VR itu akan dilengkapi dua skrin Micro OLED dengan setiap satunya berukuran 1.41-inci dan mempunyai 4,000 ppi serta maksimum kecerahan melebihi 5,000 nits.

Apple's AR/VR imager specs:
Two 1.41" Micro OLEDs
4000 PPI
>5000 nits of brightness

— Ross Young (@DSCCRoss) May 30, 2023

Dengan maksimum kecerahan tersebut, set kepala Apple mungkin juga hadir dengan sokongan HDR. Sebagai tambahan, setiap panel skrin AR/VR itu turut didatangkan dengan resolusi paparan 4K.

Mengambil kira spesifikasi yang mungkin ditawarkan kelak, tidak mengejutkan jika set kepala AR/VR Apple akan dijual pada harga yang lebih tinggi.

Bagi mengetahui sama ada spesifikasi paparan yang didedahkan ini adalah realiti atau sebaliknya, kita mungkin tidak perlu menunggu lama. Apple dijangka akan memperkenal set kepala AR/VR, yang mungkin dinamakan sebagai “Reality Pro” pada acara WWDC yang akan berlangsung bermula 5 Jun 2023.

Sumber: The Verge

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY