Sesetengah Peranti Android Mungkin Tidak Mendapat Kemaskini Keselamatan

Mungkin sesetengah daripada anda sudah mengetahui yang kebanyakkan peranti Android di luar sana yang tidak memakai sistem operasi Android yang asli. Ini adalah keistimewaan sistem operasi Android tetapi ia juga boleh menjadi salah satu kelemahan sistem operasi tersebut.

Ini adalah kerana setiap sistem operasi mempunyai kelemahan mengikut peredaran masa dan perlukan kemaskini bagi menutup kelemahan-kelamahan ini. Perkara tersebut tidak menjadi masalah besar untuk peranti yang menggunakan sistem operasi Android yang asli seperti Pixel, Pixel 2, dan peranti yang berada di bawah projek Android One.

Ini kerana sebarang kemaskini termasuk fail keselamatan boleh terus dikemaskini ke dalam sistem operasi Android yang asli. Berlainan pula untuk peranti Android seperti Samsung, Huawei dan Xiaomi yang perlu mengambil kemaskini tersebut dari Google dan mengubahnya ke dalam sistem operasi Android masing-masing.

Satu kajian yang dilakukan oleh Security Research Labs (SRL) mendapati beberapa pengeluar telefon pintar Android telah melangkau beberapa patch dalam kemaskini sistem Android mereka.

Pengeluar seperti Samsung dan Sony konsisten dengan kemaskini untuk peranti mereka manakala nama seperti ZTE, Huawei, LG, Motorola dan HTC tidak menyertakan beberapa patch dalam kemaskini sistem peranti.



SRL tidak menyatakan jenis model yang diuji tetapi besar kemungkinan ketiga-tiga kelas peranti; utama, pertengahan, permulaan, diuji oleh mereka.

Apa makna semua ini?

Mungkin tiada apa-apa kerana kemaskini keselamatan tidak menjamin keselamatan sistem peranti cuma kepantasan pengeluar perisian iaitu Google bertindak menutup kelemahan sistem operasi dengan kemaskini yang cepat serta peranti yang serta-merta boleh memuat turun dan mengemaskini sistem operasi mereka mempunyai kelebihan risiko yang tidak diingini. Dalam masa yang sama, peranti lain (bukan Android asli) memerlukan masa bagi pihak pengeluar mengubah kemaskini dari Google seterusnya menghantarnya kepada peranti masing-masing.

Sumber